++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Tuesday, December 1, 2015

Osh, Sejarah Nyanyian & Home Studio

Menyanyi dah menjadi minat sejak kecil lagi. Masa kecil dulu sangat minat Amy mastura dan selalu menyanyikan lagu-lagu beliau. Dari kecil juga saya dah banyak membuat persembahan pentas di sekolah. Paling awal ketika Darjah 1 iaitu membuat persembahan lagu nasyid. Masa itu belum lagi pandai menyanyi sangat sekadar boleh lah.

Masuk sekolah menengah join Kelab Nasyid dan Kelab Dikir Barat yang mana melibatkan nyanyian. Namun, saya tidak pernah menjadi penyanyi utama. Pada masa tersebut saya rasa saya belum lagi pandai menyanyi sekadar Ok-OK sahaja.

Pertandingan menyanyi pertama saya sertai adalah pertandingan nyanyian di Regatta Sungai Sarang Buaya, Muar Johor. Suka-suka masuk namun kecundang di peringkat Saringan. Pada masa itu baru berusia 15 tahun. SEmenjak itu saya fikir saya memang tidak berbakat dalam bidang nyanyian dan memadamkan minat dalam bidang ini.

Sehinggalah pada satu hari, selepas saya habis ijazah pertama saya tak silap tahun 2007. Pada masa itu usia saya sudah 23 tahun. Saya ada sertai pertandingan nyanyian secara maya setelah dipujuk oleh seorang rakan maya juga. Dari situ, saya cuba untuk menyanyi semula. 

Yang menaikkan semangat saya adalah apabila juri tetap pada ketika itu, Vernon (PA Ning Baizura) mengatakan saya ada potensi dalam bidang ini kerana Tona suara saya yang baik. Beliau mencadangkan saya mempertingkatkan teknik nyanyian.

Sejak itu, saya gemar menyanyi dan cuba belajar daripada website dan juga rakan-rakan saya. Kebetulan saya mengenali rakan-rakan yang minat menyanyi dan berkaraoke. Sejak itu saya belajar berkaraoke (sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini).

Daripada karaoke, saya banyak belajar menyanyi dan akhirnya, saya bersedia menyanyi di pentas terbuka. Syukur pada tahun 2013, ketika berusia 29 tahun, saya tergerak hati menyertai NAV Star Voice 2013 dan rezeki memihak kepada saya dengan muncul sebagai Juara dalam pertandingan tersebut. Sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan. Nyanyian menerusi Lagu Harus Terpisah - Cakra Khan berjaya mencuri hati juri.

Selepas itu, saya lebih yakin untuk menyanyi dan mempertingkatkan mutu nyanyian. Dalam masa yang sama, mengenali ramai rakan-rakan yang berbakat membolehkan saya belajar lebih banyak dalam bidang nyanyian. 

Sekarang, saya sudah memiliki Home Studio saya sendiri. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, saya jadikan home studio ini tempat berlatih dan mengasah keupayaan nyanyian saya. Saya kerap membuat rakaman Vokal untuk mengesan kelemahan-kelemahan saya dalam nyanyian dan cuba mengatasinya.

Nyanyian dan Osh, memang kini tidak dapat dipisahkan. Saya tidak peduli masyarakat nak cakap apa kerana inilah minat saya dan saya percaya dengan bakat terpendam yang perlu saya gilap setiap masa.

Sekian sahaja.

Home Studio di Bilik Kecil Saya (Live & Recording)

Osh bersama alat merakam Vokal (Studio Version)

Salah seorang rakan saya dari kelab MyGeng Karoks, Ipin mencuba live version Karoke



No comments:

Post a Comment