Sebenarnya, Aeon Taman Universiti tu dekat je dengan rumah sewa aku. Setiap hari kalau keluar rumah memang akan lalu situ. Cuma menyinggahnya jarang sekali. Sebab aku ni jenis kalau masuk shopping kompleks memang tiada planning so aku akan beli benda-benda yang awalnya takde dalam kepala otak aku ni.
Alkisahnya, pagi tadi tetibe member roger untuk pi Subway di dalam Aeon Taman Universiti ni. Aku memang tak pernah lihat ada subway dalam ni. Rupa-rupanya, Tempat Tutty Fruity dah diganti dengan Subway. Bagi aku eloklah. Bukan laku pon Tutty Fruity tu. Mahal adalah.
So, aku makan menu yang namanya aku pon tak dapat nak ingat. Yang bestnya Subway ni tengok dia punya menu memang macam sihat. Roti berkualiti tinggi, sayur-sayuran dan daging segar. Harganya mahal la juga. So, tak boleh nak makan selalu. Tadi aku habis RM13. Tapi, sedap.....
Topping subway ni korang boleh pilih. Ada pelbagai jenis sayuran dan juga pelbagai sos mayonis yang disediakan. Minyak zaitun pun ada juga.
Topping subway ni korang boleh pilih. Ada pelbagai jenis sayuran dan juga pelbagai sos mayonis yang disediakan. Minyak zaitun pun ada juga.
Ok la aku share camne rupa Subway ni bagi yang tak tahu. Bagi aku, daripada korang layan MacDonald baik korang amek Subway. Lagi sihat. Sekian sahaja.
No comments:
Post a Comment