++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Showing posts with label Osh. Show all posts
Showing posts with label Osh. Show all posts

Thursday, June 10, 2021

Sorang-sorang pun jadi; Happy Birthday to Me!~

 Dah lebih seminggu aku tak keluar rumah dan mengurungkan diri kerana ingin sama-sama membantu mengurangkan penularan wabak Covid-19. Disebabkan harini birthday saya, jadi untuk menghiburkan hati, saya telah menempah kek daripada jiran yang kebetulan pandai membuat kek. Jadi, saya sediakan sedikit short video dan celoteh bersempena hari lahir saya hari ini. Layan..~ Stay safe guys.



Friday, August 16, 2019

Suasana Sekitar Hari Keluarga UTM

Rasanya dah bertahun-tahun saya hadir hari keluarga UTM tapi tak pernah masuk mana-mana acara. Jadi penonton je. Ini merupakan sedikit perkongsian suasana di Hari Keluarga UTM 2019 di Stadium Azman Hashim UTM Johor Bahru.









Sambutan Hari Keluarga UTM


Harini terpaksa bangun awal demi untuk menghadiri hari Keluarga Universiti Teknologi Malaysia. Suasana meriah dengan pelbagai aktiviti yang disertai oleh staf dan ahli keluarga masing-masing.

Aktiviti hari ini dimeriahkan dengan senamrobik beriring dengan muzik beserta aktiviti sukan. Paling ditunggu-tunggu pastinya pelbagai hadiah cabutan bertuah yang mana hadiah utamanya adalah sebuah motorsikal! Jadi berbaloilah kepada yang hadir dan mendapat cabutan bertuah

Namun begitu, tujuan utama hari Keluarga UTM dijalankan adalah untuk mengeratkan ukhwah sesama staf disamping berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing.

Saya seronok menyertainya walaupun datang seorang sahaja.

Tuesday, December 1, 2015

Saya pernah handsome


Saje-saje nak share gambar lama ni. Nak bagitahu sebenarnya saya pernah handsome. Hahaha.. Zaman Undergraduate, masa itu ambil jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) Universiti Teknologi Malaysia, saya seorang pelajar yang aktif dalam pelbagai persatuan dan aktiviti. Hasilnya saya memang seorang yang cergas dan cerdas. Badan maintain slim tak kira la berapa banyak saya makan. Now? Haha.. dah membulat macam ikan buntal walaupun makan tak banyak mana.

Mungkin rutin harian yang lebih banyak duduk di depan komputer dan malas bersenam menyumbang ke arah kegemukan ini. Makan? I take less that I used to be back then. huhu.. Tapi, saya perlu mula untuk memikirkan semula aktiviti harian saya untuk hidup lebih sihat. Lebih-lebih lagi apabila usia bertambah saya perlu berwaspada. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang pelbagai penyakit.
span id="advenueINTEXT"
Sekarang ni pun ramai orang mati mengejut. Sesak nafas la, sakit jantung la. Terbaru kes Yus, Pelawak kumpulan Jambu yang tiba-tiba meninggal dunia selepas tamat persembahan. Dan juga beberapa orang kenalan yang meninggal di usia muda atas pelbagai kompilasi kesihatan. Ia amat membimbangkan saya.

Kepada para pembaca, take note. Jaga kesihatan anda sebaik mungkin. Monitor pengambilan makanan pada kuantiti yang diperlukan dan menu yang sihat. Amalkan senaman ringan setiap hari untuk tubuh yang sihat. Sekian sahaja.

Wednesday, November 12, 2014

The Untold Story of Osh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"The Untold Story of Osh" saya dapat nama ni aspirasi daripada kawan saya. Ya, mungkin saya akan menulis sesuatu yang saya mungkin tidak ceritakan diluar sebelum ini. Kalau nak tahu, teruskan mengikuti perkembangan blog ini.

Saya akan menggunakan blog ini sebagai medium untuk menulis segala aktiviti yang saya jalankan.

Semoga anda boleh dapat sesuatu yang bermanfaat daripada tulisan blog ini.

Sekian sahaja terima kasih