++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Showing posts with label Muzikal. Show all posts
Showing posts with label Muzikal. Show all posts

Tuesday, May 26, 2020

Dalam Taman Syahdu - Dato Seri Siti Nurhaliza (Cover by Osh)

Zaman main smule dulu ada juga buat beberapa cover song. Now dah xmain smule sebab kena bayar bulanan. Malas nk subscribe. Kalau guna akaun free tu terpaksa duet dengan partner mana-mana. Malas lah. Ok ni salah satu cover saya nyanyi 3 tahun lepas, lagu yang membawa nostalgia zaman sekolah. layanzz..

p/s: Sapa ada akaun youtube jemput subscribe youtube channel sy OK!~





Tuesday, December 8, 2015

Syafeek bersama artis ternama di Konsert Alumni Bintang



Syafeek ni rakan aku. Aku selalu cerita pada kawan-kawan karoks aku betapa hebatnya Vokal Syafeek ni. Cuma aku pelik mengapa dia belum berjaya menempa nama di Industri Seni. Namun tak lama, rezeki beliau akhirnya apabila muncul pemenang peserta paling popular untuk pertandingan realiti Juara Pujaan RTM. Selepas itu, bakat Syafeek mula menjadi perhatian.

Menurut beliau, selepas program Juara Pujaan, beliau tidak putus-putus mendapat undangan nyanyian di pelbagai acara bersama ramai artis-artis popular antaranya Dayang Nurfaizah, Fazli Zainal, Salma Mentor dan lain-lain.

Pada malam ini, Syafeek bakal membuat persembahan dalam konsert Alumni Bintang bersama ramai artis popular tanahair seperti Jaclyn Victor, Adibah Noor, Dia Fadila, Azharina, Ramlah Ram, Rohana Jalil, dan lain-lain lagi. Barisan artis yang menyertai Raptai adalah seperti dibawah:


Syafeek mungkin membawakan lagu solonya yang berjudul "Tanpa Arah" dan juga akan berduet dengan Nora menerusi lagu "Di persimpangan Dilema" dan Dia Fadila menerusi lagu "Tangisan Marhanies. Apa-apapun aku nak ucapkan good luck untuk Syafeek semoga terus berjaya dalam bidang diceburi.



P/S: Syafeek ni bukan calang-calang penyanyi. Beliau mempunya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan elektrik (Telekomunikasi) daripada France. Kemudiannya, beliau pernah berkhidmat sebagai Management Associate di Maxis sebelum berhenti dan join perniagaan.. 

nak tau lebih lanjut? Usha blog beliau disini: SALAM-dari-France






Wednesday, December 2, 2015

Gegar Vaganza vs Muzik-muzik Separuh Akhir

Aku tidaklah mengikuti Gegar Vaganza daripada awal. Satu sebabnya adalah kerana aku tak subscribe Astro. Namun, disebabkan banyak feedback positive daripada peminat-peminat muzik tanahair, aku mula mengikuti gegar Vaganza dan aku boleh kata aku akan follow sehingga ke Final.

Banyak peserta dalam pertandingan tersebut memang power dan legend seperti Nassir Wahab dan Nizam Laksamana atau dahulunya dikenali sebagai Nizam Arjuna. Dalam masa yang sama, pertandingan ini mengetengahkan artis-artis yang masih baru seperti Farahdia yang juga cukup berbakat.

Saya teruja dengan setiap persembahan daripada artis lama dan baru ini. Cuma saya agak terkilan dengan beberapa penyanyi ternama yang tidak lagi mampu menyanyi seperti zaman kegemilangan mereka. Dalam masa yang sama, ada artis yang lebih baik berbanding zaman kegemilangan mereka. Antara penyanyi yang semakin baik nyanyiannya ialah Siti Nordiana.

Haiza, yang dikenali sebagai penyanyi dangdut sangat hebat dengan kelainan yang dibawakan beliau untuk lagu-lagu berentak lain.

Dalam tiga minggu terakhir ini, Rancangan Gegar Vaganza bertembung dengan separuh akhir Muzik-muzik 30. Saya, yang selama ini meminati muzik muzik sanggup beralih kepada Gegar Vaganza. Satu yang menarik ialah.. Tidak kira anda menonton Gegar Vaganza ataupun separuh akhir Muzik-muzik 30, anda tetap akan berpeluang menonton Makcik Vida Qu Puteh, kerana beliau merupakan sponsor untuk kedua-dua program tersebut:


Walaupun sebahagian orang mengganggap Datuk Vida Qu Puteh sebagai over. Namun, dari pandangan mata aku, Dato Vida merupakan seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi malahan sangat menghiburkan. Aku akan ceria dan bergelak sakan setiap kali melihat kemunculan slot-slot iklan beliau. She is so special and unique.

Aku nampak Stail Dato Vida ni sama macam Datuk terlajak laris. Mereka unik dan sangat hebat mempromosikan produk-produk mereka sehingga terkenal. Korang yang kutuk-kutuk tak berjaya macam beliau kan? Justeru kita perlu belajar daripada insan-insan yang berjaya ini.

Sekian sahaja.

Tuesday, December 1, 2015

Osh, Sejarah Nyanyian & Home Studio

Menyanyi dah menjadi minat sejak kecil lagi. Masa kecil dulu sangat minat Amy mastura dan selalu menyanyikan lagu-lagu beliau. Dari kecil juga saya dah banyak membuat persembahan pentas di sekolah. Paling awal ketika Darjah 1 iaitu membuat persembahan lagu nasyid. Masa itu belum lagi pandai menyanyi sangat sekadar boleh lah.

Masuk sekolah menengah join Kelab Nasyid dan Kelab Dikir Barat yang mana melibatkan nyanyian. Namun, saya tidak pernah menjadi penyanyi utama. Pada masa tersebut saya rasa saya belum lagi pandai menyanyi sekadar Ok-OK sahaja.

Pertandingan menyanyi pertama saya sertai adalah pertandingan nyanyian di Regatta Sungai Sarang Buaya, Muar Johor. Suka-suka masuk namun kecundang di peringkat Saringan. Pada masa itu baru berusia 15 tahun. SEmenjak itu saya fikir saya memang tidak berbakat dalam bidang nyanyian dan memadamkan minat dalam bidang ini.

Sehinggalah pada satu hari, selepas saya habis ijazah pertama saya tak silap tahun 2007. Pada masa itu usia saya sudah 23 tahun. Saya ada sertai pertandingan nyanyian secara maya setelah dipujuk oleh seorang rakan maya juga. Dari situ, saya cuba untuk menyanyi semula. 

Yang menaikkan semangat saya adalah apabila juri tetap pada ketika itu, Vernon (PA Ning Baizura) mengatakan saya ada potensi dalam bidang ini kerana Tona suara saya yang baik. Beliau mencadangkan saya mempertingkatkan teknik nyanyian.

Sejak itu, saya gemar menyanyi dan cuba belajar daripada website dan juga rakan-rakan saya. Kebetulan saya mengenali rakan-rakan yang minat menyanyi dan berkaraoke. Sejak itu saya belajar berkaraoke (sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini).

Daripada karaoke, saya banyak belajar menyanyi dan akhirnya, saya bersedia menyanyi di pentas terbuka. Syukur pada tahun 2013, ketika berusia 29 tahun, saya tergerak hati menyertai NAV Star Voice 2013 dan rezeki memihak kepada saya dengan muncul sebagai Juara dalam pertandingan tersebut. Sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan. Nyanyian menerusi Lagu Harus Terpisah - Cakra Khan berjaya mencuri hati juri.

Selepas itu, saya lebih yakin untuk menyanyi dan mempertingkatkan mutu nyanyian. Dalam masa yang sama, mengenali ramai rakan-rakan yang berbakat membolehkan saya belajar lebih banyak dalam bidang nyanyian. 

Sekarang, saya sudah memiliki Home Studio saya sendiri. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, saya jadikan home studio ini tempat berlatih dan mengasah keupayaan nyanyian saya. Saya kerap membuat rakaman Vokal untuk mengesan kelemahan-kelemahan saya dalam nyanyian dan cuba mengatasinya.

Nyanyian dan Osh, memang kini tidak dapat dipisahkan. Saya tidak peduli masyarakat nak cakap apa kerana inilah minat saya dan saya percaya dengan bakat terpendam yang perlu saya gilap setiap masa.

Sekian sahaja.

Home Studio di Bilik Kecil Saya (Live & Recording)

Osh bersama alat merakam Vokal (Studio Version)

Salah seorang rakan saya dari kelab MyGeng Karoks, Ipin mencuba live version Karoke