++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Tuesday, July 28, 2026

Mengapa Mahasiswa Tidak Sepatutnya Ponteng Sesi Kuliah


Menjadi seorang mahasiswa bukan sekadar mendaftar kursus dan menduduki peperiksaan, tetapi juga memikul tanggungjawab untuk hadir ke sesi kuliah. Kehadiran ke kelas menunjukkan disiplin, komitmen, dan rasa hormat kepada pensyarah yang telah menyediakan masa serta bahan pengajaran. Ilmu yang diperoleh di dalam kelas sering kali jauh lebih bernilai berbanding hanya membaca slaid atau nota secara bersendirian.

Ramai mahasiswa tidak sedar bahawa pensyarah sering memberikan pelbagai panduan penting berkaitan kuiz, ujian, tugasan, dan peperiksaan akhir semasa sesi kuliah. Kadangkala, pensyarah berkongsi tip menjawab soalan, menerangkan bentuk penilaian, atau memberi amaran tentang kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar. Maklumat seperti ini mungkin tidak terdapat di dalam nota yang dimuat naik ke platform pembelajaran.

Selain itu, terdapat juga pensyarah yang mengadakan kuiz mengejut atau penilaian ringkas semasa kuliah. Tujuannya bukan untuk menghukum pelajar, tetapi untuk menggalakkan mereka sentiasa bersedia dan mengikuti pembelajaran secara konsisten. Jika seseorang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah, mereka mungkin kehilangan markah yang sukar diganti.

Kelebihan terbesar hadir ke kuliah ialah mahasiswa dapat mendengar penerangan secara lebih mendalam. Pensyarah biasanya akan menghuraikan konsep yang kompleks dengan contoh-contoh praktikal, berkongsi pengalaman sebenar, dan menjelaskan perkara yang tidak terdapat dalam buku teks. Jika terdapat bahagian yang kurang difahami, mahasiswa juga boleh terus bertanya dan mendapatkan penjelasan pada waktu itu juga.

Di samping itu, pensyarah lazimnya akan memberi penekanan kepada topik-topik yang penting. Ada kalanya sesuatu topik diterangkan dengan lebih terperinci kerana mempunyai kebarangkalian tinggi untuk keluar dalam ujian atau peperiksaan. Mahasiswa yang hadir ke kuliah lebih mudah mengenal pasti fokus pembelajaran dan tidak perlu meneka-neka perkara yang perlu diberi perhatian.

Sesi kuliah juga membuka peluang untuk berbincang dengan rakan sekelas, membina rangkaian akademik, dan belajar secara berkumpulan. Perbincangan di dalam kelas sering menghasilkan idea baharu yang dapat meningkatkan kefahaman serta kemahiran berfikir secara kritis. Pada masa yang sama, kehadiran yang baik turut membentuk sikap profesional, satu nilai yang amat dihargai apabila memasuki alam pekerjaan nanti.

Kesimpulannya, ponteng kuliah mungkin kelihatan seperti perkara kecil, namun kesannya boleh mempengaruhi prestasi akademik dan perkembangan diri seseorang mahasiswa. Oleh itu, jadikan kehadiran ke kuliah sebagai satu keutamaan kerana setiap sesi pembelajaran membawa ilmu, pengalaman, dan peluang yang mungkin tidak akan berulang.

Monday, September 26, 2022

Bodoh Sombong: Salahkan sains dan memfitnah sains


Selalu baca benda ni kat facebook:

"Saintis pembohong.. sains banyak menipu dan xbenar" bumi rata bukan bulat percaya sangat kata saintis dan lain2 isu sains.."

Hakikatnya, anda tidak belajar landasan ilmu sains dengan betul.

Kamu main facebook tu kamu fikir tak kalau tanpa ilmu sains teknologi, kamu tak mampu berkomuniskasi menggunakan telefon bimbit, melayari internet dan lain2. 

Kamu juga tidak boleh menonton TV dengar radio naik kapal terbang dan lain2. Sebab semua benda tu dibangunkan dengan pengetahuan sains dan teknologi.

Osh: Seorang ilmuan Sains & Teknologi yang mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam membangunkan teknologi baru yang berguna kepada umat manusia.

Wednesday, September 25, 2019

Cute Intelligence Robot dari Universitas Sepuluh Nopember Surabaya Indonesia

Ketika Persidangan di Surabaya, saya sempat melawat Jabatan Robotik Universitas Sepuluh Nopember. Mereka menunjukkan beberapa robot menarik. Antaranya ialah Robot ini yang bagi saya sangat cute! Geramlah.


Wednesday, April 27, 2016

Akhirnya Thesis PHD telah dijilid

Alhamdulillah.. Dengan terjilidnya Thesis PHD setebal 330 muka surat ini maka berakhirnya pengajian PHD ku di Universiti Teknologi Malaysia yang memakan masa 4 tahun 5 bulan! Lama juga masa yang aku ambil untuk menyiapkan PHD. Biasalah susah senang dan suka duka silih berganti sepanjang menjalani pengajian PHD. Aku tahu aku perlu kuat untuk menghabiskan pengajianku dan akhirnya aku berjaya.

Thesis PHD

Pandangan Sisi

Setiap orang mungkin mempunyai pengalaman berbeza dalam menyiapkan penyelidikan dalam pengajian PHD masing-masing. Aku juga begitu. Setelah menghabiskan pengajian Sarjana Kejuruteraan Elektrik (MASTER - Electrical Engineering) pada tahun 2010, aku mula mencari topik baru yang berpotensi untuk dijadikan topik pengajian Ijazah Doktor Falsafah.

Asalnya, aku sudah menghantar Thesis MASTER ku pada bulan November 2009. Namun atas sebab-sebab tertentu, sesi VIVA master aku terpaksa ditangguh sehingga ke bulan May 2010. Syukur, sesi VIVA Voce berlangsung dengan lancar dan aku hanya mendapat minor correction. Aku perlukan masa dalam seminggu sehaja untuk menyiapkan pembetulan thesis. Selepas habes master, aku melapor diri di UTM dan mendapat tugasan sebagai seorang Tutor.

Berbalik ke topik pengajian PHD, dengan membuat banyak kajian literatur, aku telah menemui satu topik yang berpotensi iaitu berkenaan Penyerap gelombang elektromagnetik menggunakan struktur bahan meta. Oleh kerana topik ini masih baru dan hanya bermula pada tahun 2008, maka aku yakin aku boleh membuat penyelidikan yang asli dalam bidang ini. Aku telah menulis satu proposal untuk memohon geran penyelidikan melalui geran penyelidikan ERGS (Exploratory Research Grant Scheme). Dan sangat manis apabila permohonan geran penyelidikan dibawah ERGS diluluskan dan aku difahamkan hanya grant aku sahaja yang lulus daripada beberapa permohonan lain. Syukur sangat.

Tanggal 1 November 2011, aku mulakan pengajian PHD aku dengan senyuman yang mekar. Hehe.. Namun, aku bermula agak perlahan kerana bidang ini masih baru dan tidak ada seorang pun penyelidik daripada UTM pernah membuat bidang ini. Jadi, masalah bagiku untuk menentukan Methodologi yang terbaik. Selain itu, masalah aku ialah aku juga tidak pasti kaedah untuk menjalankan simulasi. Mujur aku dibantu oleh seorang staf yang terlibat dalam penjualan simulator tersebut untuk membantu aku mencari kaedah yang betul untuk menjalankan simulasi.

Kemudian, simulasi demi simulasi dijalankan namun aku masih gagal mendapatkan keputusan seperti yang aku harapkan. Pernah hampir berputus asa namun aku terus mencuba sehingga akhirnya aku berjaya. Percaya tak bahawa aku hanya berjaya mendapat hasil simulasi pertama pada SEMESTER 4! Itupun masa aku membuat kursus pendek di luar negara bertempat di Uppsala Universitet -Sweden. Disana, aku dibantu oleh seorang rakan dari Malaysia yang banyak membantu aku dalam mendapatkan idea-idea penyelidikan. Aku juga ada mengambil beberapa kelas pada aras ijazah pertama dan juga master untuk merasai pengalaman belajar di luar negara. Alhamdulillah, walaupun tidak lama tetapi pengalaman tersebut sangat bernilai.

Pulang ke Malaysia pada April 2013 memberikan aku momentum yang baik dalam penyelidikan dan juga aktiviti sampingan kegemaran aku (Menyanyi). Tahun 2013 merupakan tahun "Glory" dimana aku dapat menghasilkan banyak output penyelidikan (Pengajian) dan juga memenangi beberapa pertandingan Nyanyian di sekitar Johor Bahru (Hobi).

Tahun 2014 dan 2015, aku fokus menjalankan penyelidikan dan juga menyiapkan thesis PHD. Percaya tak yang aku mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan penulisan Thesis PHD aku. Amat lama. Disini aku nak nasihatkan kepada mereka yang nak menulis thesis agar membataskan kajian anda sekadar mencukupi dan jangan berlebihan sangat kerana ia akan memakan masa anda. Selain itu, ia juga akan menjadi masalah semasa VIVA kerana semakin banyak anda tulis maka semakin banyaklah kesalahan yang mungkin anda lakukan.

Tarikh 22 Disember 2015 merupakan tarikh keramat kerana tarikh ini yang menentukan bahawa aku layak mendapat PHD atau tidak. Aku telah melalui sesi VIVA voce lebih kurang 2 jam setengah dan akhirnya aku lulus PHD dengan pembetulan selama 6 bulan. Mulanya aku kecewa kerana agak lama masa diberikan sedangkan aku menyangka aku boleh dapat pembetulan untuk sebulan. Namun, kemudian aku bersyukur dengan keputusan diberikan kerana akhirnya aku menyedari aku tidak mampu menyiapkan pembetulan thesisku selama sebulan atas pelbagai komitment. Maka, tarikh 13 April 2016, aku selamat menghantar Thesis jilid selepas mendapat kebenaran daripada fakulti setelah semua panel berpuashati dan juga siap pembetulan abstrak.

Kepada rakan-rakan yang baru nak sambung MASTER atau PHD atau dah sambung, buatlah yang terbaik. Jangan sesekali berputus asa. Sekian.

Saturday, January 16, 2016

Gaya Hidup Orang Yang Berjaya


Aku terbaca gambar yang dikongsi oleh seorang rakan. Gaya hidup orang yang ingin berjaya. Key-point paling penting ialah.. Bangun awal! Sebenarnya, inilah perkara paling sukar aku lakukan dewasa ini.

Aku punya masalah tidur yang tidak sihat. Aku sukar tidur malam. Oleh sebab itu, aku sukar untuk bangun awal. Keinginan untuk tidur semula selepas solat subuh juga cukup kuat dan sukar untuk aku menolak keinginan tersebut, melainkan pagi tersebut aku ada perkara penting untuk dilakukan.

Tabiat bangun lambat ini memang perlu aku atasi secepat mungkin kerana aku ingin menjadi seorang yang lebih berjaya dalam hidup. Waktu pagi adalah waktu paling baik untuk memulakan sesuatu yang besar. Ambil sarapan dan terus bekerja. Aku akan jadikan tahun 2016 sebagai wadah untuk aku membetulkan semula apa yang silap. Aku nak jadi orang yang berjaya! Insya-Allah.

Hidup ini tidak lama dan bila-bila sahaja ia akan berakhir. Maka, kita perlu berusaha dari sekarang untuk mencapai segala yang terbaik dalam hidup. Jika bukan sekarang, bila lagi? Jum kita sama-sama berubah menjadi insan lebih baik dan berjaya! We can do it.

BANGUN AWAL!



Sunday, December 20, 2015

Lusa, Aku Viva PHD


2 Hari lagi aku present PHD punya projek. Orang panggil Viva-Voce. Kalau sebut PHD, pasti akan katakan yang ia adalah satu cabang pendidikan tertinggi dan paling susah. Bagi aku ya, PHD memang susah. Tapi, kita ikut sahaja flow dan perlu rajin berusaha. Usaha tangga kejayaan orang kata.

So, dalam tempoh dua hari sebelum viva ni aku berserah pada Allah. Aku telah usaha sebaiknya dan aku perlu persiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Aku tak mahu tidur lambat malam ketika ingin present dan aku harap slide aku akan diFinalize sebelum petang esok. Hope so.

Buat kawan-kawan, doakan kejayaan saya OK! LOVE u.

Tuesday, December 1, 2015

Saya pernah handsome


Saje-saje nak share gambar lama ni. Nak bagitahu sebenarnya saya pernah handsome. Hahaha.. Zaman Undergraduate, masa itu ambil jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) Universiti Teknologi Malaysia, saya seorang pelajar yang aktif dalam pelbagai persatuan dan aktiviti. Hasilnya saya memang seorang yang cergas dan cerdas. Badan maintain slim tak kira la berapa banyak saya makan. Now? Haha.. dah membulat macam ikan buntal walaupun makan tak banyak mana.

Mungkin rutin harian yang lebih banyak duduk di depan komputer dan malas bersenam menyumbang ke arah kegemukan ini. Makan? I take less that I used to be back then. huhu.. Tapi, saya perlu mula untuk memikirkan semula aktiviti harian saya untuk hidup lebih sihat. Lebih-lebih lagi apabila usia bertambah saya perlu berwaspada. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang pelbagai penyakit.
span id="advenueINTEXT"
Sekarang ni pun ramai orang mati mengejut. Sesak nafas la, sakit jantung la. Terbaru kes Yus, Pelawak kumpulan Jambu yang tiba-tiba meninggal dunia selepas tamat persembahan. Dan juga beberapa orang kenalan yang meninggal di usia muda atas pelbagai kompilasi kesihatan. Ia amat membimbangkan saya.

Kepada para pembaca, take note. Jaga kesihatan anda sebaik mungkin. Monitor pengambilan makanan pada kuantiti yang diperlukan dan menu yang sihat. Amalkan senaman ringan setiap hari untuk tubuh yang sihat. Sekian sahaja.