++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Showing posts with label Makanan & Resepi. Show all posts
Showing posts with label Makanan & Resepi. Show all posts

Saturday, February 28, 2026

Resepi Puding Jagung Berkuah

Aku suka makan puding jagung namun tak ramai pandai buat sepertimana aku nak. Aku ada jumpa resepi puding jagung ni. Rasa nak cuba buat sendiri harap sedapla. Berikut merupakan resepi puding jagung tersebut:



Puding Jagung Berkuah

3 cawan air
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin jagung manis

Untuk kuah:
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 cawan air
2 sudu tepung kastard

Cara-cara:
1.Masukkan air,tepung kastard,gula dan susu cair dalam periuk dan kacau sebati.kemudian campurkan jagung manis kacau sebati dan panaskan atas dapur gas dengan api perlahan.Kacau sentiasa supaya tidak bangus.
2.Bila sudah kilat padam kan api dan masukkan ke dalam bekas.Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam petisejuk supaya cepat keras.
3.Untuk kuah,masukkan semua bahan dan kacau dengan api perlahan dalam 5 minit.Jangan sampai mendidih.Padam api dan sejukkan.Tuang kuah ke atas puding yang sudah keras tadi.

Friday, November 12, 2021

Cara Masak Ikan Sardin supaya Banyak

Sardin tin kecil? Memang sikit kalau terus dimasak memang sikit hasilnya. Namun begitu, korang boleh banyakkan Sardin tu tapi macam mana? Jom tengok cara saya masak Sardin.





Monday, April 19, 2021

Cara masak Nasi Kukus dan Kuih apam dengan sukatan seorang makan

Bagi yang tinggal seorang dan suka memasak, pastinya korang pening nak masak dengan kuantiti yang sesuai. Masak banyak sangat nanti tak mampu nak abeskan. Jadi, saya ingin berkongsi cara masak nasi dan kuih apam dengan cara mengukus sesuai untuk makan seorang. Boleh try guys.

Saya suka nasi kukus dalam cawan ni sebab boleh sukat dengan tepat (1 cawan = 1 kali makan). Nasi juga tidak melekat-lekat di cawan dan tiada pembaziran beras disebabkan kerak nasi. Selamat mencuba!






Tuesday, February 2, 2016

Resepi Asam Pedas Ikan Johor Osh


Semalam aku masak asam pedas dan jamu pada kawan-kawan. Aku gembira yang mereka semua suka asam pedas aku ni. Aku akui yang ini hanyalah kali ketiga aku masak asam pedas dan tak sangka jadi la gak asam pedas ni. Aku sebenarnya merujuk resepi di internet tetapi aku ubahsuai bergantung kepada bahan-bahan yang aku ada. Ok ini aku kongsi sikit cara aku masak asam pedas ni.

Bahan utama:
5 ekor ikan dibelah dua (ikan ikut citarasa anda)

Bahan-bahan tumis yang diperlukan untuk dikisar:
5 biji bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas kecil bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
 1 cm belacan yang dipanggang

Bahan kisar untuk pedas:
15 biji cili kering (kurang or lebih bergantung kepada selera anda nak pedas atau tidak)

Bahan-bahan penyedap:
seikat daun kesum (lebih kurang saiz satu penumbuk)
garam / gula secukup rasa
sehelai daun kunyit

Kuah:
3 sudu besar asam jawa
4 cawan air
(buat air asam jawa secawan)

Bahan-bahan sampingan (tak wajib):
3 biji tomato

Cara-cara membuatnya:
1- Anda kisarkan semua bahan-bahan tumis menggunakan blender. Tambah sedikit air untuk memudahkan bahan-bahan dikisar.
2- Kisarkan pula cili kering yang dah dipotong-potong dan direndam dengar air bersih. Tambah juga sedikit air untuk memudahkan blend.
3- Panaskan minyak, Masukkan bahan-bahan tumis yang telah dikisar. panaskan dengan api sederhana dan kacau sehingga naik bau.
4- Masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis kan sehingga pecah minyak.
5- Kemudian, masukkan secawan air dan biarkan sehingga mendidih.
6- Masukkan ikan dan air asam jawa (secawan). Masukkan sekali daun kesum, sehelai daun kunyit dan juga tambahkan lagi 2 cawan air.
7- Biarkan bahan-bahan mendidih dan ikan masak.
8- Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Gula letak sedikit je.
9- Apabila sudah siap, masukkan tomato yang telah dipotong 4 kedalam asam pedas dan boleh dihidang.



Wednesday, December 2, 2015

Subway AEON Taman Universiti Skudai

Sebenarnya, Aeon Taman Universiti tu dekat je dengan rumah sewa aku. Setiap hari kalau keluar rumah memang akan lalu situ. Cuma menyinggahnya jarang sekali. Sebab aku ni jenis kalau masuk shopping kompleks memang tiada planning so aku akan beli benda-benda yang awalnya takde dalam kepala otak aku ni.

Alkisahnya, pagi tadi tetibe member roger untuk pi Subway di dalam Aeon Taman Universiti ni. Aku memang tak pernah lihat ada subway dalam ni. Rupa-rupanya, Tempat Tutty Fruity dah diganti dengan Subway. Bagi aku eloklah. Bukan laku pon Tutty Fruity tu. Mahal adalah.

So, aku makan menu yang namanya aku pon tak dapat nak ingat. Yang bestnya Subway ni tengok dia punya menu memang macam sihat. Roti berkualiti tinggi, sayur-sayuran dan daging segar. Harganya mahal la juga. So, tak boleh nak makan selalu. Tadi aku habis RM13. Tapi, sedap.....

Topping subway ni korang boleh pilih. Ada pelbagai jenis sayuran dan juga pelbagai sos mayonis yang disediakan. Minyak zaitun pun ada juga.

Ok la aku share camne rupa Subway ni bagi yang tak tahu. Bagi aku, daripada korang layan MacDonald baik korang amek Subway. Lagi sihat. Sekian sahaja.



Sunday, November 29, 2015

Muffin Blueberry dan Bingka Pandan Izyani Mistar

Hi! Lama aku buat blog ni tapi sampai sekarang aku tak sempat nak tulis apa. Makin lama aku tunggu makin lama la aku tak akan mula menulis. Maka aku gagahkan untuk menulis sesuatu. 

Sebenarnya aku sedang kelaparan ni. Cadangnya nak tengok Gegar Vaganza kejap lagi sebab ada beberapa artis favorite aku dalam pertandingan tersebut iaitu Siti Nordiana, Nassir Wahab, Haiza, dan beberapa orang lagi. Sementara tu aku layan wechat and whatsapp dulu.

Sesambil menanti respond kawan baik aku Mohamad Ikhwan Mr Planet Malaysia 2016 tu bagi jawapan untuk temankan aku, maka aku layan la Whatsapp group sekolah lama aku.

Wow.. Kawan aku yang cukup berbakat dalam seni lukis (Izyani Mistar) ni rupanya berbakat dalam bidang masakan. Yang tak tahan beliau telah buat kuih yang aku suka. Favorite aku tu. Alahai kau buat aku terliuar dan makin lapar.

Ok. Tak nak cakap banyak aku share la gambar kuih beliau share di Whatsapp sebentar tadi. Enjoy.

Bingka Pandan

Muffin Blueberry