++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Saturday, December 5, 2015

YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim Mangkat


Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah mangkat pada jam 7.11pm, 5 Disember 2015 di hospital Sultanah Aminah. Jenazah akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esoknya.

Saya percaya, mendapat khabar berita mengejut ini membuatkan sebahagian besar rakyat negeri Johor terasa amat-amat kehilangan seorang putera raja yang cukup mulia jiwanya. Namun, Tuhan lebih menyayangi beliau apabila dikembalikan kepada-Nya pada usia sangat muda (25 tahun).

Harini, bermula perkabungan Rakyat Johor selama 7 hari. Tempoh berkabung telah di tetapkan selama tujuh hari bagi rakyat Johor bermula dari tarikh kemangkatan baginda. Penutupan pusat-pusat hiburan dan penganguhan majlis-majlis berbentuk hiburan di Johor pada hari kemangkatan dan hari pemakaman baginda. 
Rakyat Melayu, Islam hendaklah memakai kain putih selilit 2 inci pada songkok dan bagi yang bukan beragama Islam, mereka hendaklah memakai selilit kain hitam selebar 7.62 cm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam. Bagi perempuan Islam pula, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan bukan Islam, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri. Lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai.

Saya juga menyahut seruan berkabung dengan mengenakan songkok hitam dan lilitan putih 5 cm di songkok. Disebabkan saya tidak ada baju melayu teluk belanga serba hitam, saya mengenakan baju batik gelap dan seluar hitam. Harini merupakan hari bekerja di Johor.


Secara peribadi, saya tidak pernah berpeluang untuk bertemu dengan Almarhum Tunku Jalil.. Namun, saya banyak mendengar pujian dan kebaikan keatas Almarhum. Paling dekatpun, saya pernah berpeluang menghadiri Konsert Amal PDRM tahun lepas anjuran Almarhum YAM Tunku Jalil ibni Sultan Ibrahim. Berpeluang mendapat jemputan khas, saya dapat duduk di seat VIP belakang kerabat2 diraja dan juga VVIP.


Saya dan rakan-rakan sangat gembira kerana berpeluang menghandiri konsert amal berkenaan. Dapat lihat persembahan hebat Anuar Zain, Ziana Zain, Adira, Amy Search, Nash, Nomad, Najwa Latif, dan ramai lagi. Ia tetap menjadi kenangan indah buat kami. Buat Almarhum Tunku Jalil ibni Sultan Ibrahim, anda tetap dalam ingatan rakyat negeri Johor.



No comments:

Post a Comment