++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Friday, August 16, 2019

Komen mengenai Pakej Pospaid Maxis


Saya sudah menggunakan line postpaid maxis untuk satu jangka masa yang lama. Boleh kata pengalaman dengan maxis pospaid lebih dari 5 tahun. Namun, semalam saya telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan pospaid maxis.

Sejujurnya, line maxis pada saya merupakan pakej line terpantas. Saya boleh kata begitu sebab saya sudah pernah menggunakan banyak talian pospaid lain seperti celcom, umobile, digi, dan unifii dan saya dapati dari segi speed memang maxis paling pantas. Disamping itu coverage / liputan maxis adalah sangat baik. Jarang sekali maxis tak dapat line.

Sebab saya memutuskan line maxis kerana kebetulan kawasan perumah saya tidak ada liputan line maxis yang baik. Disamping itu saya mendapat tawaran menggunakan unifi mobile yang mempunyai liputan baik di kawasan perumahan saya dengan harga yang jauh lebih murah (sebab tawaran dibuat atas sebab saya staf goverment)

Namun, untuk backup, saya masih menggunakan maxis dalam bentuk prepaid. Jika tiada liputan unifi barulah saya akan menggunakan maxis. 

Overall comment, maxis masih tetap terbaik kerana speed dan coverage. Tapi harga maxis agak mahal sedikit berbanding pospaid lain.

Suasana Sekitar Hari Keluarga UTM

Rasanya dah bertahun-tahun saya hadir hari keluarga UTM tapi tak pernah masuk mana-mana acara. Jadi penonton je. Ini merupakan sedikit perkongsian suasana di Hari Keluarga UTM 2019 di Stadium Azman Hashim UTM Johor Bahru.









Sambutan Hari Keluarga UTM


Harini terpaksa bangun awal demi untuk menghadiri hari Keluarga Universiti Teknologi Malaysia. Suasana meriah dengan pelbagai aktiviti yang disertai oleh staf dan ahli keluarga masing-masing.

Aktiviti hari ini dimeriahkan dengan senamrobik beriring dengan muzik beserta aktiviti sukan. Paling ditunggu-tunggu pastinya pelbagai hadiah cabutan bertuah yang mana hadiah utamanya adalah sebuah motorsikal! Jadi berbaloilah kepada yang hadir dan mendapat cabutan bertuah

Namun begitu, tujuan utama hari Keluarga UTM dijalankan adalah untuk mengeratkan ukhwah sesama staf disamping berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing.

Saya seronok menyertainya walaupun datang seorang sahaja.