++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Monday, June 28, 2021

Diserang Jutaan Serangga!

Baru berkesempatan nak kongsi benda yang berlaku beberapa bulan lalu. Satu hari tu sedang tidur. Kemudian terjaga apabila rasa macam ada serangga terbang-terbang di sekeliling saya. Saya pergi ke dapur dan terkejut melihat ribuan seranggan besar sedang bergelimpangan di kawasan dapur. Kemudian, saya pergi ke luar rumah dan terkejut melihat bukan ribu mungkin jutaan serangga tersebut berlegar-legar di sekeliling kawasan berlampu. Kalau korang nak tahu kisah lebih lanjut boleh tonton video dibawah:



Tuesday, June 22, 2021

Telatah burung murai batu (mini merak) mandi

Aku nak kongsikan spesis burung yang aku rasa aku hanya nampak selama ni di sekitar rumah keluarga aku di kampung. Mungkin juga sebab aku ni bukan jenis suka berjalan jadi tak pasti adakah burung ini banyak ditemui di tempat lain. Setakat ini, aku tidak pernah nampak burung ini di tempat tinggal aku di Johor Bahru.

Menurut ayah aku, burung ini dikenali sebagai murai batu. Ia adalah seekor burung yang kecil tetapi lincah. Mampu mengembangkan ekornya sehingga kelihatan seperti "mini burung merak" Warnanya pula hanyalah hitam putih.

Burung ini selalu mandi di takungan air yang ada di luar rumah. Kali ni, aku sempat tangkap gelagat burung ini sedang mandi. Burung ini sudah biasa disini jadi mereka tidak begitu takut dengan kami yang berada tidak jauh dari kawasan tersebut.



Sunday, June 13, 2021

Sembang-sembang industri Seni: Muzik 90-an vs BBNU

Sebagai peminat industri muzik yang lahir pada tahun 80-an, saya dapat melihat perubahan muzik dari dulu sehingga kini. Saya juga layan muzik-muzik tahun 60-an. Cuma agak pelik muzik tahun 70-an agak tenggelam sehingga muncul muzik-muzik lewat 80an ke awal 90-an. Setelah 30 tahun berlalu, kita tiba di tahun 2020 keatas. Apakah berlaku kepada evolusi muzik kini? semakin baik atau buruk? Saya ada sedikit komen tentang ini. Layan.,.




Thursday, June 10, 2021

Sorang-sorang pun jadi; Happy Birthday to Me!~

 Dah lebih seminggu aku tak keluar rumah dan mengurungkan diri kerana ingin sama-sama membantu mengurangkan penularan wabak Covid-19. Disebabkan harini birthday saya, jadi untuk menghiburkan hati, saya telah menempah kek daripada jiran yang kebetulan pandai membuat kek. Jadi, saya sediakan sedikit short video dan celoteh bersempena hari lahir saya hari ini. Layan..~ Stay safe guys.



Saturday, June 5, 2021

Akhirnya Misteri terjawab! Aku berjaya tangkap video sebagai bukti.

Aku ni jenis kadang tidaklah duduk rumah sangat. Selain outstation, aku kadang lebih suka melepak di rumah kawan dan bermalam disana. Yela duduk rumah sorang-sorang memang bosan. Nak dijadikan cerita, beberapa kali aku tidak berada di rumah, pasti akan terjumpa banyak anjis haiwan di koridor rumah aku. Sedangkan masa aku ada di rumah elok je...

Sehinggalah pada satu hari ni, aku berjaya tangkap video sebagai bukti yang punya angkara. Rupanya sekeluarga burung terkukur menumpang tidur di lampu gantung di luar rumah. Aku ni sebagai pencinta haiwan, aku biarkan je. Aku tak pernah menghalau binatang untuk tumpang tidur melainkan mahluk yang membahayakan. Jum layan video ni.



Saturday, May 22, 2021

Situasi Semasa Covid-19: KKM sudah tenat, rakyat perlu bekerjasama ikut SOP!

Rakyat bukannya tidak faham situasi genting yang di hadapi negara sekarang. Masalahnya, adalah kerajaan tidak jujur dengan rakyat. Itu sahaja.

Announcement semalam membuktikan negara sebenarnya berada di dalam keadaan yang buntu, tidak mampu berbuat apa-apa. Peringatan berkali-kali daripada DG adalah “kuarantin kendiri, jaga diri masing-masing, tiada apa-apa sila duduk di rumah”. Statement ini sudah cukup untuk membuktikan sebenarnya perkhidmatan kesihatan sudah penat dan sangat tenat. ICU yang hampir penuh di semua hospital kerajaan, sehinggakan hospital swasta di minta untuk bersedia membantu. Tidak cukup dengan ini, hospital-hospital baru, di wajibkan penggunaannya khusus untuk pesakit Covid, dengan menggunakan sepenuhnya kuasa dan arahan di bawah Ordinan Darurat. 

Kita sebagai rakyat, perlu bersetuju sektor ekonomi tidak boleh ditutup. Saya yakin, negara sudah tidak ada dana yang mencukupi untuk menampung kelompongan ekonomi rakyat mahupun negara. Sebab itu, sektor ekonomi tidak boleh ditutup terus kerana ianya akan memberi impak yang besar kepada perbelanjaan negara; moratorium, bantuan rakyat dan sebagainya. Mana nak cari duit lagi? Sedangkan kalau di fikir logik pun, program vaksinasi negara juga berlaku dengan kadar yang sangat perlahan. Kenapa boleh berlaku tidak seperti yang dirancang? Tidak lain bukan kerana kita tidak bersedia, tetapi kita sudah tidak mampu. Procurement process menjadi slow kerana dana yang tidak mencukupi. Ini telahan saya sahaja, yang lebih tahu adalah kerajaan. 

Ketelusan dan keterbukaan kerajaan di perlukan dengan kadar segera untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Jangan sibuk dan yakin bodoh menjaja ekonomi negara masih stabil dan berkembang baik sedangkan semua fakta menunjukkan kerajaan sudah tidak ada sumber kewangan yang mencukupi. 

Sebagai rakyat, kita boleh membantu dengan mengurangkan kadar kebolehjangkitan dengan kadar segera. Jangan jadi yakin bodoh macam kerajaan (ataupun Cik L*) hanya kerana anda tidak berpuas hati. Kerana yakin bodoh anda akan melibatkan kehilangan nyawa orang yang tersayang. Tidak ada apa-apa hal, duduk diam-diam di rumah. Jangan gatal nak keluar berkumpul ramai-ramai dan membuat sesuatu yang bertentangan dengan saranan KKM. 

Lagi satu, untuk semua ahli politik yang gigih mempengaruhi rakyat untuk marah dengan kerajaan sekarang, lebih baik diam! Perkara ini tidak membantu pun. Awal perlaksanaan darurat politik, saya sangat bersetuju kerana itu adalah langkah terbaik kerana di saat itu semuanya ada agenda masing-masing untuk survival politik sendiri. Tetapi hari ini, saya merasakan Parlimen sudah perlu di buka semula untuk memecahkan kebuntuan kerajaan yang sepertinya sudah hilang arah. Titah yang di Pertuan Agong diperlukan, iaitu untuk memberi garis panduan jelas apa sahaja isu yang perlu dibahas dan dibincangkan. 

Tak payah la nak cerita tentang PRU. Saya sendiri takut memikirkan siapa yang akan menerajui kepimpinan negara sekiranya PRU di laksanakan. Abah kau, bossku, bangnon, Atok Det semuanya boleh bersara dan bercucuk tanam layan pokok atau pelihara kucing setelah negara pulih daripada covid nanti. Sebab hanya tumbuhan dan binatang sahaja yang tinggal nanti untuk mendengar propaganda kalian.

Nurkilan: Mohd Amran (facebook)

Thursday, May 20, 2021

Amalan boleh dicuba untuk elak gangguan makhluk halus

Bertahun-tahun ni saya sering mengalami gangguan mistik. Kadang-kadang saya keliru. Apa yang sedang saya alami. Ada benda yang saya tidak nampak tapi sering mengganggu hidup saya. Kena tindih tu biasa.

Kadang-kala saya rasa hanya mimpi namun apabila kerap mengalami dan saya dapat merasa kehadiran sesuatu di sekeliling saya, saya yakin benda ni memang ada. Cuma saya tak tahu apa dia dan saya tidak mahu tahu!

Pernah juga saya pergi berubat di beberapa tempat. Ada yang mendakwa saya tiada apa-apa dan ada juga mendakwa rumah saya ada penghuni. Beliau kata makhluk itu mengerikan namun saya cakap usah cerita kepada saya apa bentuk makhluk itu. Cukupla saya tahu dia ada.

Pernah terjumpa hamba Allah ini dan beliau menyuruh saya mengamalkan apa yang tertulis di kertas dibawah. Kalau ada yang sering diganggu boleh juga amalkan ya.

Saya juga pernah diminta untuk membaca Al-Fatihah, selawat 3x, baca surah An-Nas dan taburkan garam di beberapa tempat terutamanya di depan pintu rumah. Ia perlu dilakukan beberapa kali. Saya harap berkesan untuk menghalau segala makhluk yang mungkin menghuni rumah saya.

Sunday, May 16, 2021

AMARAN SERANGAN CYBER DARIPADA lSRAEL kepada MALAYSIA

Kita tahu dengan isu terbaru Israel-Palestin, ramai antara netizen Malaysia menjalankan serangan Cyber terhadap lsrael dan juga berjaya menggodam sebahagian sistem mereka.

Justeru, lsrael mengancam untuk membuat serangan balas, diyakini dalam bentuk serangan cyber juga. 

Kita dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya menekan apa-apa link dari sumber yang tidak diketahui, menyebarkannya dan lain-lain. Kita juga mungkin perlu juga mengambil tindakan lebih berwaspada dan tidak juga sembarangan menekan link walaupun dari orang dikenali kerana mereka boleh frame maklumat kita tanpa diketahui pemilik asal nombor / email tersebut. 

Stay safe guys. 😶

Monday, April 19, 2021

Cara masak Nasi Kukus dan Kuih apam dengan sukatan seorang makan

Bagi yang tinggal seorang dan suka memasak, pastinya korang pening nak masak dengan kuantiti yang sesuai. Masak banyak sangat nanti tak mampu nak abeskan. Jadi, saya ingin berkongsi cara masak nasi dan kuih apam dengan cara mengukus sesuai untuk makan seorang. Boleh try guys.

Saya suka nasi kukus dalam cawan ni sebab boleh sukat dengan tepat (1 cawan = 1 kali makan). Nasi juga tidak melekat-lekat di cawan dan tiada pembaziran beras disebabkan kerak nasi. Selamat mencuba!