| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | PROMOSI | | MyGK | | OSH |

+++++ JEMPUT UNTUK KLIK LIKE @ SHARE ARTIKEL~ +++++

Tuesday, February 2, 2016

Resepi Asam Pedas Ikan Johor Osh


Semalam aku masak asam pedas dan jamu pada kawan-kawan. Aku gembira yang mereka semua suka asam pedas aku ni. Aku akui yang ini hanyalah kali ketiga aku masak asam pedas dan tak sangka jadi la gak asam pedas ni. Aku sebenarnya merujuk resepi di internet tetapi aku ubahsuai bergantung kepada bahan-bahan yang aku ada. Ok ini aku kongsi sikit cara aku masak asam pedas ni.

Bahan utama:
5 ekor ikan dibelah dua (ikan ikut citarasa anda)

Bahan-bahan tumis yang diperlukan untuk dikisar:
5 biji bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas kecil bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
 1 cm belacan yang dipanggang

Bahan kisar untuk pedas:
15 biji cili kering (kurang or lebih bergantung kepada selera anda nak pedas atau tidak)

Bahan-bahan penyedap:
seikat daun kesum (lebih kurang saiz satu penumbuk)
garam / gula secukup rasa
sehelai daun kunyit

Kuah:
3 sudu besar asam jawa
4 cawan air
(buat air asam jawa secawan)

Bahan-bahan sampingan (tak wajib):
3 biji tomato

Cara-cara membuatnya:
1- Anda kisarkan semua bahan-bahan tumis menggunakan blender. Tambah sedikit air untuk memudahkan bahan-bahan dikisar.
2- Kisarkan pula cili kering yang dah dipotong-potong dan direndam dengar air bersih. Tambah juga sedikit air untuk memudahkan blend.
3- Panaskan minyak, Masukkan bahan-bahan tumis yang telah dikisar. panaskan dengan api sederhana dan kacau sehingga naik bau.
4- Masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis kan sehingga pecah minyak.
5- Kemudian, masukkan secawan air dan biarkan sehingga mendidih.
6- Masukkan ikan dan air asam jawa (secawan). Masukkan sekali daun kesum, sehelai daun kunyit dan juga tambahkan lagi 2 cawan air.
7- Biarkan bahan-bahan mendidih dan ikan masak.
8- Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Gula letak sedikit je.
9- Apabila sudah siap, masukkan tomato yang telah dipotong 4 kedalam asam pedas dan boleh dihidang.



^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

1 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search