++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, November 29, 2021

Akhirnya ketinggian rasmi Menara Warisan Merdeka PNB 118 diumumkan

Actually, saban hari saya mengikuti perkembangan menara WARISAN MERDEKA PNB 118 yang dikhabarkan menjadi menara kedua tertinggi di dunia. Namun, yang menjadi tanda tanya adalah ketinggian sebenar menara ini yang nampaknya menjadi tanda tanya para netizen.

Saya melihat daripada drone yang sering digunakan para youtubers untuk mengambil video progress. Dapat dilihat bahawa spiral menara warisan merdeka ini macam bertambah tinggi saban hari. Jadi, ramai yang meneka bahawa ketinggian sebenar menara ini lebih daripada yang dicadangkan iaitu 644m.

Maka hari ini, rasmilah ketinggian sebenar menara ini. Ketinggian sebenar ialah 678.9m. Maka secara rasminya ia tetap menjadi menara kedua tertinggi di dunia.

Sekarang, Kuala Lumpur memiliki banyak menara pencakar langit antara tertinggi di dunia. Menara berkembar petronas kekal menjadi menara berkembar tertinggi di dunia (pernah jadi menara tertinggi di dunia pada tahun 1996-2001).

Wednesday, July 15, 2020

Menjengah Bumi 7 ribu tahun sekali, dan ia tiba di Bumi 2020!

Saya peminat ilmu astronomi.. kajian bintang dan planet! Tak sangka tahun ini sekali lagi dapat bertemu dengan fenomena unik. Perkara yang saya maksudkan ialah Komet! Saya pernah melihat jujuran tahi bintang atau komet beberapa kali seumur hidup saya. Ia dilihat secara kebetulan. Rezeki orang kata. Sebab ia muncul hanya seketika.

Paling saya tidak lupa ialah tahi bintang yang melintas rumah saya pada kedudukan rendah dan ekornya boleh dilihat dari utara ke selatan. besar dan panjang betul! Saya rasa saya dah tak berpeluang menikmati fenomena yang menakjubkan seperti itu lagi.

Untuk tahun ini, kita ada tetamu serupa yag hanya muncul di bumi setiap 7 ribu tahun sekali dan ia muncul pada tahun ini iaitu tahun 2020! Berikut sedikit maklumat tentang Komet NEOWISE yang akan melawati bumi sedikit masa lagi.

NEOWISE tetamu jauh menjengah Bumi 7 ribu tahun sekali. 
Komet baru ditemui pada awal tahun ini yang kini dapat dilihat dengan mata kasar, sekarang trending bagi peminat bintang & angkasa. Dikenali sebagai Comet C/2020 F3 (NEOWISE), ia mempunyai ekor yang panjang dgn orbit perjalanan yg jauh, dikatakan peluang utk melihatnya kembali hanya 6,800 thn lagi. 
Neowise kini sedang menuju ke titik terdekatnya dengan Bumi, pada 24 Julai 2020 ini. #Neowise sudah dapat dilihat dengan mata kasar di kawasan gelap jauh dari pencemaran cahaya. 
Kita di Malaysia, boleh melihatnya ke arah Barat laut diufuk ketinggian 19%, 30 minit selepas matahari terbenam.


Monday, August 7, 2017

Pemasangan Solar panel di Kampung Orang Asli Pucur, Kluang

Assalamualaikum... Korang sedia maklum kan negara kita Malaysia ni Panas... Pancaran terik matahari hampir sepanjang tahun. Ramai yang mengeluh. Namun, korang tahu tak bahawa pancaran matahari terik ni la satu anugerah buat kita rakyat Malaysia. Udara yang lembab ni satu kenikmatan walaupun panas. Satu kelebihan negara panas ni ialah tenaga matahari tu boleh dimanfaatkan. Tak percaya? Ha.. korang pernah tahu pasal solar panel? 

Solar panel ni digunakan untuk menyimpan tenaga solar (matahari) kepada tenaga yang boleh dimanfaatkan seperti tenaga elektrik. Atas kelebihan ini aku berminat untuk terlibat dalam aktiviti pemasangan solar panel. Banyak banyak terima kasih buat Dr Jasrul Jamani Jamian daripada Jabatan POWER Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM yang ambil inisiatif ini. Pemasangan solar panel dan pelancarannya dibuat beberapa hari sebelum bulan puasa lalu (25-6-2017). 

Disini saya lampirkan gambar yang terlibat. Turut menyumbang Bank Islam dan juga Terima kasih dari semua pihak terlibat iaitu Alhamdullilah.. JAKOA, TNB, Politeknik Mersing, Jurutek UTM, IVAT UTM, Jabatan Elektrik Kuasa UTM serta rakan-rakan pensyarah FKE UTM.













Wednesday, March 9, 2016

Pengalaman melihat gerhana Matahari Separa 2016

Pagi tadi, 9 hb 3 tahun 2016 merupakan tahun yang bersejarah kerana buat pertama kalinya gerhana matahari berlaku sebaik sahaja matahari terbit. Tidak pernah seumur hidup aku melihat gerhana matahari pada saat ini.

Pagi tadi, aku bersiap di rumah dan keluar menuju tempat kerja lebih kurang pukul 7.50 am. Gerhana matahari sudah berlangsung lebih daripada setengah jam saat aku keluar. Aku cuba memandang matahari dengan pandangan kasarku. Memang giler!~ Cahaya matahari pagi yang sepatutnya redup-redup ini bersinar dengan kecerahan luar biasa ketiga gerhana berlaku. Kelam kejap mata aku memandang matahari dan aku tidak mampu melihat secara terus. Mujur aku ada spek mata hitam di dalam kereta. Aku cuba pakai dan silau matahari tetap terasa.

Aku menambah spek mata hitam sebanyak dua lapis. barulah aku mampu melihat gerhana matahari pagi itu dengan jelas. Cukup luar biasa sinarannya. Aku cuba mengambil gambar dari kereta menerusi keretaku. Walaupun melalui cermin yang ditintern gelap, kecerahan cahaya matahari tak mampu dibendung. Ini hasil gambar tidak jadi tersebut:


Lebih kurang pukul 8.30 am, aku melihat suasana sekitar Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru menjadi kelam. Cahaya yang terpancar tidak secerah biasa tetapi kelam. Amat sukar aku melihat cahaya seperti itu pada waktu pagi. Inilah keistimewaan gerhana matahari pada kali ini berbanding sebelum-sebelum ini. 

Aku difahamkan, Johor Bahru merupakan bandar kedua selepas Kuching yang paling maksimum berlaku gerhana separa pada tahun ini di Malaysia iaitu sebanyak 83% matahari ditutupi bulan. Rakan sekerja sempat menangkap gambar gerhana matahari separa yang berlaku pada waktu kemuncak seperti dikongsi dibawah:

 Matahari kelihatan seperti bulan sabit yang kecil.

kemudian, seorang rakan lagi berkongsi gambar gerhana yang berlaku beberapa minit sebelum itu:


Apa-apapun perlu diingat bahawa gerhana matahari merupakan bukti kebesaran Allah dan juga masa untuk hamba-Nya mengingati akan erti kehidupan dan kehambaan kepada yang maha Esa.

Saturday, December 5, 2015

YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim Mangkat


Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah mangkat pada jam 7.11pm, 5 Disember 2015 di hospital Sultanah Aminah. Jenazah akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esoknya.

Saya percaya, mendapat khabar berita mengejut ini membuatkan sebahagian besar rakyat negeri Johor terasa amat-amat kehilangan seorang putera raja yang cukup mulia jiwanya. Namun, Tuhan lebih menyayangi beliau apabila dikembalikan kepada-Nya pada usia sangat muda (25 tahun).

Harini, bermula perkabungan Rakyat Johor selama 7 hari. Tempoh berkabung telah di tetapkan selama tujuh hari bagi rakyat Johor bermula dari tarikh kemangkatan baginda. Penutupan pusat-pusat hiburan dan penganguhan majlis-majlis berbentuk hiburan di Johor pada hari kemangkatan dan hari pemakaman baginda. 
Rakyat Melayu, Islam hendaklah memakai kain putih selilit 2 inci pada songkok dan bagi yang bukan beragama Islam, mereka hendaklah memakai selilit kain hitam selebar 7.62 cm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam. Bagi perempuan Islam pula, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan bukan Islam, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri. Lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai.

Saya juga menyahut seruan berkabung dengan mengenakan songkok hitam dan lilitan putih 5 cm di songkok. Disebabkan saya tidak ada baju melayu teluk belanga serba hitam, saya mengenakan baju batik gelap dan seluar hitam. Harini merupakan hari bekerja di Johor.


Secara peribadi, saya tidak pernah berpeluang untuk bertemu dengan Almarhum Tunku Jalil.. Namun, saya banyak mendengar pujian dan kebaikan keatas Almarhum. Paling dekatpun, saya pernah berpeluang menghadiri Konsert Amal PDRM tahun lepas anjuran Almarhum YAM Tunku Jalil ibni Sultan Ibrahim. Berpeluang mendapat jemputan khas, saya dapat duduk di seat VIP belakang kerabat2 diraja dan juga VVIP.


Saya dan rakan-rakan sangat gembira kerana berpeluang menghandiri konsert amal berkenaan. Dapat lihat persembahan hebat Anuar Zain, Ziana Zain, Adira, Amy Search, Nash, Nomad, Najwa Latif, dan ramai lagi. Ia tetap menjadi kenangan indah buat kami. Buat Almarhum Tunku Jalil ibni Sultan Ibrahim, anda tetap dalam ingatan rakyat negeri Johor.