++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, June 11, 2022

Masyarakat perlu bertanggungjawab dalam penulisan di Alam Maya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dewasa ini, kita tidak boleh lari daripada menggunakan internet.  Internet telah mempengaruhi sebahagian besar daripada kehidupan manusia masa kini. Contohnya, sistem perbankan boleh dilakukan secara atas talian laman sosial yang terlalu banyak seperti Facebook, Instagram, tiktok, Bigo Live, Twitter, dan lain-lain lagi gunakan oleh masyarakat kita. Namun begitu, banyak masalah yang dihadapi dengan penggunaan internet yang terlampau kerap.

Saya sendiri menggunakan internet dalam kehidupan seharian saya untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan maya.  Sesuatu yang menjadi masalah apabila kita menggunakan internet adalah ramai yang tidak bertanggungjawab dalam dan memberikan komentar.  Ramai yang menulis mengikut hati dan perasaan tanpa memikirkan kesan daripada penulisan tersebut.  Makian, hinaan, cacian dan pelbagai lagi penulisan yang teruk telah dijadikan nadi dalam penulisan keseharian mereka dan ini adalah sesuatu yang negatif dan perlu dibendung.

Masyarakat perlu dididik untuk lebih bertanggungjawab dalam memberikan penulisan di alam maya.  Walaupun Setiap orang bebas untuk menulis apa yang mereka fikirkan, namun begitu mereka perlu memikirkan kesan penulisan mereka. Ramai orang yang terguris hati dan perasaan serta mendapat tekanan atas komentar yang diberikan oleh pengguna Internet yang lain. Saya mencadangkan agar kita tidak perlu berbalah dalam sesuatu isu di di alam maya. Ia  tidak memberikan manfaat kepada kita dan ia hanya memberikan kesan emosi yang tidak baik dalam meneruskan kehidupan seharian.

Saya sendiri memilih untuk tidak membalas komentar-komentar yang bersifat negatif dan tidak mahu merunsingkan akal fikiran dan menghabiskan tenaga atas sesuatu yang tidak perlu.  Apabila saya berbuat demikian, kehidupan saya lebih tenang dan tidak serabut.

Memang benar kita tidak boleh mengawal apa yang dilakukan lakukan oleh orang lain namun begitu, kita boleh mengawal apa yang perlu kita lakukan di alam maya.

Berfikir sebelum menulis ya!

Monday, May 2, 2016

Turunkan nilai hantaran untuk berkahwin

Kredit Gambar: Team Pencinta Allah

Melihat gambar diatas, sejuk hati apabila melihat ada wanita yang tampil membela nasib kaum lelaki dalam bab hantaran perkahwinan (wang hantaran / barang hantaran). 

Perkahwinan asalnya adalah untuk menyelamatkan manusia daripada zina. Nafsu disalurkan ke jalan yang betul dan salasiah keturunan dapat dipelihara. Namun, zaman sekarang ini nampaknya ramai yang berlumba-lumba untuk mengenakan wang hantaran yang mahal keatas pihak pengantin lelaki. Mungkin dengan nilai hantaran yang tinggi itu akan memberi kebanggaan kepada pihak pengantin perempuan.

Walhal perkahwinan itu bukan sahaja untuk lelaki tetapi untuk kedua-dua pihak. Mengapa perlu membebankan pihak lelaki jika sebenarnya hidup berumahtangga itu adalah keperluan bersama? Sudahlah lelaki selepas berkahwin akan menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan wajib mencari nafkah untuk keluarga. Justeru, perkahwinan seboleh-bolehnya perlu dipermudahkan.

Ringkasnya, pihak keluarga perempuan perlu berfikir tentang perkara ini, usah dibebankan pihak lelaki dengan wang hantaran yang tinggi semata-mata ingin bersaing dengan orang lain dan kelihatan hebat. Perkahwinan yang pada awalnya sudah didasarkan kepada sesuatu yang meterialistik dan membebankan pasti akan membawa masalah dikemudian hari. 

Sesungguhnya, sebaik-baik wanita adalah yang rendah Maharnya.

Sekian sahaja.