Nak cerita sedikit cuti-cuti Malaysia unplanned yang baru berlangsung..
Disebabkan aku ada cuti 4 hari baru ni maka nak buat kerja gila drive pusing-pusing Malaysia sorang2.. tapi bila fikir-fikir balik sorg ni bosan lak jadi ajak la kwn sorg.
Plan asal nak gi sekitar kedah / perak. Disebabkan kawan disana yg sy roger krik2 je sy cancel plan nak kesana. Jadi, sy tukar plan nak ke melaka + negeri sembilan.
Tapi, masa otw tu saya text member kat Melaka. Tapi sama gak xde reply. Jadi, masa tengah mkn dengan member kat rnr machap, kami decide nak terus ke Teluk Cempedak, Kuantan. Masa tgh otw tu la kami baru nk cari hotel. Most hotel full house! Tapi kami masih lagi gigih sehinggalah dapat lock bilik hotel ni under Oyo.
Masa tgh otw (lbh kurang 1 jam nk sampai) kami dpt email mengatakan tempahan hotel kami telah dibatalkan.. walaupun dh bayar full dia kata akan refund dlm 10 ke 14 hari. Kami xpuashati teruskan juga perjalanan dan sampai di hotel pada malam sekitar 9 pm. Tapi alangkah geramnya bila mereka ckp sistem problem menyebabkan tempahan masuk dan dibatalkan semula. Lepastu kami blah pi call beberapa hotel utk survey dan semua bg jawapan sama. Akhirnya, kami pi masjid besar di kuantan. Mandi2 solat dan decide nak ke teluk cempedak jalan2.
Lepas jln2 tu kami decide kembali ke Masjid besar. Kami plan nk tidur dalam kereta je kat kawasan parking tu sebab nampak selamat dan selesa. Tapi, apabila sampai di parking tu ada kejadian kelakar berlaku (ni xbleh cerita). Kami tidur-tidur ayam je la smpi ke subuh.
Tapi, pada malam itu, saya decide untuk turun ke port dickson. Saya berjaya book bilik (under Oyo juga). Katanya hotel tersebut tepi laut dan selesa. Saya pon drive ke PD dari kuantan lalu jalan kampung sebab nk mencari ikan patin tempoyak dan menikmati keindahan kampung. Lama jugalah drive tu.
Dalam pukul 3 kami sampai PD. Yang jadi masalah, hotel yang kami book tu xdpt ditemui. Lokasi yang tertera di Agoda, google map dan juga wazes adalah sama iaitu di satu bangunan usang yang tinggi dan terbengkalai (rasa dah xberoperasi xtahu sebab apa). Kami mundar mandir dan bertanya orang sekitar namun xde yang pasti. Mujur saya up di facebook dan ada seorang local friend PD yang bantu bagi maklumat.
Sebenarnya, hotel tersebut beralih ke lokasi lain dan jaraknya jauh! 21 km dr lokasi asal dan tidak diupdate!
Kami drive ke lokasi baru dan syukur sampai juga. Tapi, saya rasa xsedap ati.. suasana hotel sangat menyeramkan dan xterurus. Macam bangunan dah lama tinggal dan banyak kerosakkan. Lif ada 1 je yang hidup. Bangunan buruk. Pecah2 dan banyak najis burung bersepah2.
Kami dah xpeduli sebab sudah terlampau mengantuk. Jadi, kami naik check in dan trus rehat.
Walaupun staf kata hotel full book (even dlm sistem pon) tapi saya lihat kebanyakkan bilik gelap tidak berpenghuni. Mcm xsmpai 10% pon terisi. Kami xpeduli tp sangsi..
Ok ptg tu rehat dan lepas maghrib kami cari dinner. Masa nk turun dinner tu sy rasa suasana hotel sgt seram. Lampu banyak xhidup dan sunyi sangat.
Kami pon drive pi dinner dan kemudian balik. Balik dr dinner memang kepenatan dan kami tidur sangat lama dan lena malam tu.. syukur. Walupun luaran hotel sgt teruk tp dalam bg kami not bad. Bilik besar dan kemas..
Masa nak balik tu member kata dia ada buat research sikit pasal hotel tu dan sbnrnya byk kisah seram kat situ. Ok stop tggu pergi jauh baru cerita ye.. 😂 (kisah pocong, bunuh diri dll)
Then dari PD plan nk ke melaka jmpe member tp member pula kata ke Muar.. saya pun xjadi singgah melaka.. kami lalu melaka dan ke muar.. singgah makan di asam pedas viral. Sgt ramai org. Sebab dh lapar terjah juga. Mujur dpt seat. Then, saya singgah jap di kampung lawat family ( dlm sejam je) baru tau mak saya dh sakit.. puncanya dia naik motor dengan adik dan adik tu bawa laju dan terlanggar lubang 3x.. atas hentakan 3x tu pinggang mak sakit berbisa dan xboleh lagi nk berdiri lama. Mak xmampu nak masak dan mengemas... katanya dh bbrp hari beli makanan je... harap mak sembuh ðŸ˜ðŸ˜
Dari kampung saya di bp/muar kami lalu jalan kampung untuk ke pontian kechil. Sampai pontian kechil kami lepak2 minum tepi pantai dan selepas tu kami pulang ke kulai. Sempat la singgah bermusang king dekat kulai.
Sekian sahaja coretan cuti2 malaysia. Next destination? Kene plan better dr sebelum ni. Xboleh terjah2 sangat nanti xdpt bilik 😂
No comments:
Post a Comment