++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Wednesday, April 27, 2016

Akhirnya Thesis PHD telah dijilid

Alhamdulillah.. Dengan terjilidnya Thesis PHD setebal 330 muka surat ini maka berakhirnya pengajian PHD ku di Universiti Teknologi Malaysia yang memakan masa 4 tahun 5 bulan! Lama juga masa yang aku ambil untuk menyiapkan PHD. Biasalah susah senang dan suka duka silih berganti sepanjang menjalani pengajian PHD. Aku tahu aku perlu kuat untuk menghabiskan pengajianku dan akhirnya aku berjaya.

Thesis PHD

Pandangan Sisi

Setiap orang mungkin mempunyai pengalaman berbeza dalam menyiapkan penyelidikan dalam pengajian PHD masing-masing. Aku juga begitu. Setelah menghabiskan pengajian Sarjana Kejuruteraan Elektrik (MASTER - Electrical Engineering) pada tahun 2010, aku mula mencari topik baru yang berpotensi untuk dijadikan topik pengajian Ijazah Doktor Falsafah.

Asalnya, aku sudah menghantar Thesis MASTER ku pada bulan November 2009. Namun atas sebab-sebab tertentu, sesi VIVA master aku terpaksa ditangguh sehingga ke bulan May 2010. Syukur, sesi VIVA Voce berlangsung dengan lancar dan aku hanya mendapat minor correction. Aku perlukan masa dalam seminggu sehaja untuk menyiapkan pembetulan thesis. Selepas habes master, aku melapor diri di UTM dan mendapat tugasan sebagai seorang Tutor.

Berbalik ke topik pengajian PHD, dengan membuat banyak kajian literatur, aku telah menemui satu topik yang berpotensi iaitu berkenaan Penyerap gelombang elektromagnetik menggunakan struktur bahan meta. Oleh kerana topik ini masih baru dan hanya bermula pada tahun 2008, maka aku yakin aku boleh membuat penyelidikan yang asli dalam bidang ini. Aku telah menulis satu proposal untuk memohon geran penyelidikan melalui geran penyelidikan ERGS (Exploratory Research Grant Scheme). Dan sangat manis apabila permohonan geran penyelidikan dibawah ERGS diluluskan dan aku difahamkan hanya grant aku sahaja yang lulus daripada beberapa permohonan lain. Syukur sangat.

Tanggal 1 November 2011, aku mulakan pengajian PHD aku dengan senyuman yang mekar. Hehe.. Namun, aku bermula agak perlahan kerana bidang ini masih baru dan tidak ada seorang pun penyelidik daripada UTM pernah membuat bidang ini. Jadi, masalah bagiku untuk menentukan Methodologi yang terbaik. Selain itu, masalah aku ialah aku juga tidak pasti kaedah untuk menjalankan simulasi. Mujur aku dibantu oleh seorang staf yang terlibat dalam penjualan simulator tersebut untuk membantu aku mencari kaedah yang betul untuk menjalankan simulasi.

Kemudian, simulasi demi simulasi dijalankan namun aku masih gagal mendapatkan keputusan seperti yang aku harapkan. Pernah hampir berputus asa namun aku terus mencuba sehingga akhirnya aku berjaya. Percaya tak bahawa aku hanya berjaya mendapat hasil simulasi pertama pada SEMESTER 4! Itupun masa aku membuat kursus pendek di luar negara bertempat di Uppsala Universitet -Sweden. Disana, aku dibantu oleh seorang rakan dari Malaysia yang banyak membantu aku dalam mendapatkan idea-idea penyelidikan. Aku juga ada mengambil beberapa kelas pada aras ijazah pertama dan juga master untuk merasai pengalaman belajar di luar negara. Alhamdulillah, walaupun tidak lama tetapi pengalaman tersebut sangat bernilai.

Pulang ke Malaysia pada April 2013 memberikan aku momentum yang baik dalam penyelidikan dan juga aktiviti sampingan kegemaran aku (Menyanyi). Tahun 2013 merupakan tahun "Glory" dimana aku dapat menghasilkan banyak output penyelidikan (Pengajian) dan juga memenangi beberapa pertandingan Nyanyian di sekitar Johor Bahru (Hobi).

Tahun 2014 dan 2015, aku fokus menjalankan penyelidikan dan juga menyiapkan thesis PHD. Percaya tak yang aku mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan penulisan Thesis PHD aku. Amat lama. Disini aku nak nasihatkan kepada mereka yang nak menulis thesis agar membataskan kajian anda sekadar mencukupi dan jangan berlebihan sangat kerana ia akan memakan masa anda. Selain itu, ia juga akan menjadi masalah semasa VIVA kerana semakin banyak anda tulis maka semakin banyaklah kesalahan yang mungkin anda lakukan.

Tarikh 22 Disember 2015 merupakan tarikh keramat kerana tarikh ini yang menentukan bahawa aku layak mendapat PHD atau tidak. Aku telah melalui sesi VIVA voce lebih kurang 2 jam setengah dan akhirnya aku lulus PHD dengan pembetulan selama 6 bulan. Mulanya aku kecewa kerana agak lama masa diberikan sedangkan aku menyangka aku boleh dapat pembetulan untuk sebulan. Namun, kemudian aku bersyukur dengan keputusan diberikan kerana akhirnya aku menyedari aku tidak mampu menyiapkan pembetulan thesisku selama sebulan atas pelbagai komitment. Maka, tarikh 13 April 2016, aku selamat menghantar Thesis jilid selepas mendapat kebenaran daripada fakulti setelah semua panel berpuashati dan juga siap pembetulan abstrak.

Kepada rakan-rakan yang baru nak sambung MASTER atau PHD atau dah sambung, buatlah yang terbaik. Jangan sesekali berputus asa. Sekian.

No comments:

Post a Comment