++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Friday, August 16, 2019

Sambutan Hari Keluarga UTM


Harini terpaksa bangun awal demi untuk menghadiri hari Keluarga Universiti Teknologi Malaysia. Suasana meriah dengan pelbagai aktiviti yang disertai oleh staf dan ahli keluarga masing-masing.

Aktiviti hari ini dimeriahkan dengan senamrobik beriring dengan muzik beserta aktiviti sukan. Paling ditunggu-tunggu pastinya pelbagai hadiah cabutan bertuah yang mana hadiah utamanya adalah sebuah motorsikal! Jadi berbaloilah kepada yang hadir dan mendapat cabutan bertuah

Namun begitu, tujuan utama hari Keluarga UTM dijalankan adalah untuk mengeratkan ukhwah sesama staf disamping berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing.

Saya seronok menyertainya walaupun datang seorang sahaja.

No comments:

Post a Comment