++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Wednesday, March 9, 2016

Pengalaman melihat gerhana Matahari Separa 2016

Pagi tadi, 9 hb 3 tahun 2016 merupakan tahun yang bersejarah kerana buat pertama kalinya gerhana matahari berlaku sebaik sahaja matahari terbit. Tidak pernah seumur hidup aku melihat gerhana matahari pada saat ini.

Pagi tadi, aku bersiap di rumah dan keluar menuju tempat kerja lebih kurang pukul 7.50 am. Gerhana matahari sudah berlangsung lebih daripada setengah jam saat aku keluar. Aku cuba memandang matahari dengan pandangan kasarku. Memang giler!~ Cahaya matahari pagi yang sepatutnya redup-redup ini bersinar dengan kecerahan luar biasa ketiga gerhana berlaku. Kelam kejap mata aku memandang matahari dan aku tidak mampu melihat secara terus. Mujur aku ada spek mata hitam di dalam kereta. Aku cuba pakai dan silau matahari tetap terasa.

Aku menambah spek mata hitam sebanyak dua lapis. barulah aku mampu melihat gerhana matahari pagi itu dengan jelas. Cukup luar biasa sinarannya. Aku cuba mengambil gambar dari kereta menerusi keretaku. Walaupun melalui cermin yang ditintern gelap, kecerahan cahaya matahari tak mampu dibendung. Ini hasil gambar tidak jadi tersebut:


Lebih kurang pukul 8.30 am, aku melihat suasana sekitar Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru menjadi kelam. Cahaya yang terpancar tidak secerah biasa tetapi kelam. Amat sukar aku melihat cahaya seperti itu pada waktu pagi. Inilah keistimewaan gerhana matahari pada kali ini berbanding sebelum-sebelum ini. 

Aku difahamkan, Johor Bahru merupakan bandar kedua selepas Kuching yang paling maksimum berlaku gerhana separa pada tahun ini di Malaysia iaitu sebanyak 83% matahari ditutupi bulan. Rakan sekerja sempat menangkap gambar gerhana matahari separa yang berlaku pada waktu kemuncak seperti dikongsi dibawah:

 Matahari kelihatan seperti bulan sabit yang kecil.

kemudian, seorang rakan lagi berkongsi gambar gerhana yang berlaku beberapa minit sebelum itu:


Apa-apapun perlu diingat bahawa gerhana matahari merupakan bukti kebesaran Allah dan juga masa untuk hamba-Nya mengingati akan erti kehidupan dan kehambaan kepada yang maha Esa.

No comments:

Post a Comment