Dewasa ini, kita dikejutkan dengan banjir besar yang melanda negara kita. Banjir jarang-jarang berlaku di kawasan selangor telah naik dengan tahap yang tinggi. Mengapakah keadaan ini berlaku? Apakah punca banjir besar yang melanda negara kita?
Sebenarnya ada banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya banjir besar. Terutamanya adalah dengan penebangan hutan. Pokok-pokok hutan berfungsi sebagai tadahan hujan. Justeru air akan diserap dengan lebih baik ke dalam tanah dan tidak mengalir dalam keadaan yang laju.
Selain itu, nominal banjir luar biasa yang melanda negara kita adalah disebabkan hujan berterusan sangat lebat sehari yang mana kuantiti hujan tersebut bersamaan dengan kadar hujan Selama 1 bulan. Ini ada perkara yang sangat luar biasa dan jarang berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi dengan air pasang besar yang menyebabkan ia tidak dapat turun ataupun dialirkan ke dalam laut.
Dengan banjir yang luar biasa ini kita seharusnya berwaspada dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Masyarakat perlu menjalankan penyelidikan sebelum membeli rumah. Mereka perlu memastikan bahawa kawasan rumah yang mereka beli tidak dalam kawasan rendah atau pun berada dalam kawasan tadahan banjir.
Banjir yang berlaku di negara kita ini perlu diambil iktibar oleh semua pihak termasuk pemaju yang hanya memikirkan keuntungan projek perumahan di kawasan yang tidak sesuai di kawasan yang berpotensi mengalami banjir.
No comments:
Post a Comment