++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Monday, September 26, 2022

Bodoh Sombong: Salahkan sains dan memfitnah sains


Selalu baca benda ni kat facebook:

"Saintis pembohong.. sains banyak menipu dan xbenar" bumi rata bukan bulat percaya sangat kata saintis dan lain2 isu sains.."

Hakikatnya, anda tidak belajar landasan ilmu sains dengan betul.

Kamu main facebook tu kamu fikir tak kalau tanpa ilmu sains teknologi, kamu tak mampu berkomuniskasi menggunakan telefon bimbit, melayari internet dan lain2. 

Kamu juga tidak boleh menonton TV dengar radio naik kapal terbang dan lain2. Sebab semua benda tu dibangunkan dengan pengetahuan sains dan teknologi.

Osh: Seorang ilmuan Sains & Teknologi yang mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam membangunkan teknologi baru yang berguna kepada umat manusia.

Saturday, June 11, 2022

Masyarakat perlu bertanggungjawab dalam penulisan di Alam Maya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dewasa ini, kita tidak boleh lari daripada menggunakan internet.  Internet telah mempengaruhi sebahagian besar daripada kehidupan manusia masa kini. Contohnya, sistem perbankan boleh dilakukan secara atas talian laman sosial yang terlalu banyak seperti Facebook, Instagram, tiktok, Bigo Live, Twitter, dan lain-lain lagi gunakan oleh masyarakat kita. Namun begitu, banyak masalah yang dihadapi dengan penggunaan internet yang terlampau kerap.

Saya sendiri menggunakan internet dalam kehidupan seharian saya untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan maya.  Sesuatu yang menjadi masalah apabila kita menggunakan internet adalah ramai yang tidak bertanggungjawab dalam dan memberikan komentar.  Ramai yang menulis mengikut hati dan perasaan tanpa memikirkan kesan daripada penulisan tersebut.  Makian, hinaan, cacian dan pelbagai lagi penulisan yang teruk telah dijadikan nadi dalam penulisan keseharian mereka dan ini adalah sesuatu yang negatif dan perlu dibendung.

Masyarakat perlu dididik untuk lebih bertanggungjawab dalam memberikan penulisan di alam maya.  Walaupun Setiap orang bebas untuk menulis apa yang mereka fikirkan, namun begitu mereka perlu memikirkan kesan penulisan mereka. Ramai orang yang terguris hati dan perasaan serta mendapat tekanan atas komentar yang diberikan oleh pengguna Internet yang lain. Saya mencadangkan agar kita tidak perlu berbalah dalam sesuatu isu di di alam maya. Ia  tidak memberikan manfaat kepada kita dan ia hanya memberikan kesan emosi yang tidak baik dalam meneruskan kehidupan seharian.

Saya sendiri memilih untuk tidak membalas komentar-komentar yang bersifat negatif dan tidak mahu merunsingkan akal fikiran dan menghabiskan tenaga atas sesuatu yang tidak perlu.  Apabila saya berbuat demikian, kehidupan saya lebih tenang dan tidak serabut.

Memang benar kita tidak boleh mengawal apa yang dilakukan lakukan oleh orang lain namun begitu, kita boleh mengawal apa yang perlu kita lakukan di alam maya.

Berfikir sebelum menulis ya!

One Piece 1053: Siapakah 2 Emperor yang baru?

Xsabar nak tunggu one piece episod 1053.  Siapa the new emperors?

Monkey D Luffy

Kita tahu Monkey D Luffy defeat Emperor Kaido one on one. Plus beliau telah diistiharkan memiliki grand fleet of 5600 org. Jd dia layak jd new Emperor.

kidd & Law

Law & Kidd bergabung dengan susah payah mengalahkan Emperor Big Mom. Namun, dari segi kekuatan mereka berdua masih xcukup ciri sebagai seorang Raja Bajak laut. Krew mereka pun terdiri orang biasa2 xseperti crew Luffy. So Law & Kidd mustahil jadi emperor.

Kaido

Big Mom

So ada beberapa calon emperor selain luffy dan aku rasa ada satu calon paling sesuai yang mungkin dipilih oleh Oda.

1- Charlotte Katakuri (anak emperor Big Mom)


Seorang yang kuat, tidak pernah kalah dan akan menggantikan big mom menerajui big mom pirate. Tapi, reputasi dia sedikit tercalar apabila tewas dengan Luffy semasa luffy belum melalui power upgrade di wano.

(Walaupun ramai pilih Katakuri dan aku juga asalnya rasa katakuri layak, namun selepas consider point ini aku simpan katakuri sebagai calon emperor)

2-Mihalk (Pahlawan pedang terkuat)


Mihalk memang diakui sebagai pahlawan pedang terkuat dunia. Dia seorang mampu menewaskan grant fleet terdiri dari lebih 50 kapal perang. Namun, Mihalk tiada territory atau underling yang serve dia. Jadi, sukar sikit nak angkat dia jd emperor.

3-Boa Hancock (Emperor of amazon Lily)


Entah kenapa aku rasa Boa Hancock paling sesuai dinobatkan sebagai Emperor?

Sebabnya:
- Beliau ada keupayaan devil fruit sungguh hebat dan mampu menukarkan manusia jadi batu (sebilangan kecil je mampu hadapi sumpahan batu dia ni)

- Memiliki advanced Conquorer Haki seperti Luffy yang mana ia adalah salah satu Kualiti Raja Bajak Laut.

- Boa hancock tidak pernah diistiharkan kalah dalam mana-mana peperangan. Beliau sendiri sangat hebat bertempur.

- Boa hancock memiliki territory dan juga underling yang kuat-kuat. Kebanyakkan pirate crew Boa hancock pengguna haki dan memiliki ilmu peperangan yang hebat.

Monday, June 6, 2022

Kisah Percutian Tragis Menyeramkan

Nak cerita sedikit cuti-cuti Malaysia unplanned yang baru berlangsung..

Disebabkan aku ada cuti 4 hari baru ni maka nak buat kerja gila drive pusing-pusing Malaysia sorang2.. tapi bila fikir-fikir balik sorg ni bosan lak jadi ajak la kwn sorg.

Plan asal nak gi sekitar kedah / perak. Disebabkan kawan disana yg sy roger krik2 je sy cancel plan nak kesana. Jadi, sy tukar plan nak ke melaka + negeri sembilan.

Tapi, masa otw tu saya text member kat Melaka. Tapi sama gak xde reply. Jadi, masa tengah mkn dengan member kat rnr machap, kami decide nak terus ke Teluk Cempedak, Kuantan. Masa tgh otw tu la kami baru nk cari hotel. Most hotel full house! Tapi kami masih lagi gigih sehinggalah dapat lock bilik hotel ni under Oyo. 

Masa tgh otw (lbh kurang 1 jam nk sampai) kami dpt email mengatakan tempahan hotel kami telah dibatalkan.. walaupun dh bayar full dia kata akan refund dlm 10 ke 14 hari. Kami xpuashati teruskan juga perjalanan dan sampai di hotel pada malam sekitar 9 pm. Tapi alangkah geramnya bila mereka ckp sistem problem menyebabkan tempahan masuk dan dibatalkan semula. Lepastu kami blah pi call beberapa hotel utk survey dan semua bg jawapan sama. Akhirnya, kami pi masjid besar di kuantan. Mandi2 solat dan decide nak ke teluk cempedak jalan2.

Lepas jln2 tu kami decide kembali ke Masjid besar. Kami plan nk tidur dalam kereta je kat kawasan parking tu sebab nampak selamat dan selesa. Tapi, apabila sampai di parking tu ada kejadian kelakar berlaku (ni xbleh cerita). Kami tidur-tidur ayam je la smpi ke subuh.

Tapi, pada malam itu, saya decide untuk turun ke port dickson. Saya berjaya book bilik (under Oyo juga). Katanya hotel tersebut tepi laut dan selesa. Saya pon drive ke PD dari kuantan lalu jalan kampung sebab nk mencari ikan patin tempoyak dan menikmati keindahan kampung. Lama jugalah drive tu.

Dalam pukul 3 kami sampai PD. Yang jadi masalah, hotel yang kami book tu xdpt ditemui. Lokasi yang tertera di Agoda, google map dan juga wazes adalah sama iaitu di satu bangunan usang yang tinggi dan terbengkalai (rasa dah xberoperasi xtahu sebab apa). Kami mundar mandir dan bertanya orang sekitar namun xde yang pasti. Mujur saya up di facebook dan ada seorang local friend PD yang bantu bagi maklumat.

Sebenarnya, hotel tersebut beralih ke lokasi lain dan jaraknya jauh! 21 km dr lokasi asal dan tidak diupdate!

Kami drive ke lokasi baru dan syukur sampai juga. Tapi, saya rasa xsedap ati.. suasana hotel sangat menyeramkan dan xterurus. Macam bangunan dah lama tinggal dan banyak kerosakkan. Lif ada 1 je yang hidup. Bangunan buruk. Pecah2 dan banyak najis burung bersepah2.

Kami dah xpeduli sebab sudah terlampau mengantuk. Jadi, kami naik check in dan trus rehat. 

Walaupun staf kata hotel full book (even dlm sistem pon) tapi saya lihat kebanyakkan bilik gelap tidak berpenghuni. Mcm xsmpai 10% pon terisi. Kami xpeduli tp sangsi..

                            Gambar hiasan...

Ok ptg tu rehat dan lepas maghrib kami cari dinner. Masa nk turun dinner tu sy rasa suasana hotel sgt seram. Lampu banyak xhidup dan sunyi sangat.

Kami pon drive pi dinner dan kemudian balik. Balik dr dinner memang kepenatan dan kami tidur sangat lama dan lena malam tu.. syukur. Walupun luaran hotel sgt teruk tp dalam bg kami not bad. Bilik besar dan kemas.. 

Masa nak balik tu member kata dia ada buat research sikit pasal hotel tu dan sbnrnya byk kisah seram kat situ. Ok stop tggu pergi jauh baru cerita ye.. 😂 (kisah pocong, bunuh diri dll)

Then dari PD plan nk ke melaka jmpe member tp member pula kata ke Muar.. saya pun xjadi singgah melaka.. kami lalu melaka dan ke muar.. singgah makan di asam pedas viral. Sgt ramai org. Sebab dh lapar terjah juga. Mujur dpt seat. Then, saya singgah jap di kampung lawat family ( dlm sejam je) baru tau mak saya dh sakit.. puncanya dia naik motor dengan adik dan adik tu bawa laju dan terlanggar lubang 3x..  atas hentakan 3x tu pinggang mak sakit berbisa dan xboleh lagi nk berdiri lama. Mak xmampu nak masak dan mengemas... katanya dh bbrp hari beli makanan je... harap mak sembuh 😭😭

Dari kampung saya di bp/muar kami lalu jalan kampung untuk ke pontian kechil. Sampai pontian kechil kami lepak2 minum tepi pantai dan selepas tu kami pulang ke kulai. Sempat la singgah bermusang king dekat kulai. 

Sekian sahaja coretan cuti2 malaysia. Next destination? Kene plan better dr sebelum ni. Xboleh terjah2 sangat nanti xdpt bilik 😂

Wednesday, January 5, 2022

Banjir Besar yang Berlaku di Malaysia. Apa pengajarannya?

Dewasa ini, kita dikejutkan dengan banjir besar yang melanda negara kita. Banjir jarang-jarang berlaku di kawasan selangor telah naik dengan tahap yang tinggi. Mengapakah keadaan ini berlaku? Apakah punca banjir besar yang melanda negara kita?

Sebenarnya ada banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya banjir besar. Terutamanya adalah dengan penebangan hutan. Pokok-pokok hutan berfungsi sebagai tadahan hujan. Justeru air akan diserap dengan lebih baik ke dalam tanah dan tidak mengalir dalam keadaan yang laju.

Selain itu, nominal banjir luar biasa yang melanda negara kita adalah disebabkan hujan berterusan sangat lebat sehari yang mana kuantiti hujan tersebut bersamaan dengan kadar hujan Selama 1 bulan. Ini ada perkara yang sangat luar biasa dan jarang berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi dengan air pasang besar yang menyebabkan ia tidak dapat turun ataupun dialirkan ke dalam laut.

Dengan banjir yang luar biasa ini kita seharusnya berwaspada dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Masyarakat perlu menjalankan penyelidikan sebelum membeli rumah. Mereka perlu memastikan bahawa kawasan rumah yang mereka beli tidak dalam kawasan rendah atau pun berada dalam kawasan tadahan banjir.

Banjir yang berlaku di negara kita ini perlu diambil  iktibar oleh semua pihak termasuk pemaju yang hanya memikirkan keuntungan projek perumahan di kawasan yang tidak sesuai di kawasan yang berpotensi mengalami banjir.