++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Wednesday, April 27, 2016

Akhirnya Thesis PHD telah dijilid

Alhamdulillah.. Dengan terjilidnya Thesis PHD setebal 330 muka surat ini maka berakhirnya pengajian PHD ku di Universiti Teknologi Malaysia yang memakan masa 4 tahun 5 bulan! Lama juga masa yang aku ambil untuk menyiapkan PHD. Biasalah susah senang dan suka duka silih berganti sepanjang menjalani pengajian PHD. Aku tahu aku perlu kuat untuk menghabiskan pengajianku dan akhirnya aku berjaya.

Thesis PHD

Pandangan Sisi

Setiap orang mungkin mempunyai pengalaman berbeza dalam menyiapkan penyelidikan dalam pengajian PHD masing-masing. Aku juga begitu. Setelah menghabiskan pengajian Sarjana Kejuruteraan Elektrik (MASTER - Electrical Engineering) pada tahun 2010, aku mula mencari topik baru yang berpotensi untuk dijadikan topik pengajian Ijazah Doktor Falsafah.

Asalnya, aku sudah menghantar Thesis MASTER ku pada bulan November 2009. Namun atas sebab-sebab tertentu, sesi VIVA master aku terpaksa ditangguh sehingga ke bulan May 2010. Syukur, sesi VIVA Voce berlangsung dengan lancar dan aku hanya mendapat minor correction. Aku perlukan masa dalam seminggu sehaja untuk menyiapkan pembetulan thesis. Selepas habes master, aku melapor diri di UTM dan mendapat tugasan sebagai seorang Tutor.

Berbalik ke topik pengajian PHD, dengan membuat banyak kajian literatur, aku telah menemui satu topik yang berpotensi iaitu berkenaan Penyerap gelombang elektromagnetik menggunakan struktur bahan meta. Oleh kerana topik ini masih baru dan hanya bermula pada tahun 2008, maka aku yakin aku boleh membuat penyelidikan yang asli dalam bidang ini. Aku telah menulis satu proposal untuk memohon geran penyelidikan melalui geran penyelidikan ERGS (Exploratory Research Grant Scheme). Dan sangat manis apabila permohonan geran penyelidikan dibawah ERGS diluluskan dan aku difahamkan hanya grant aku sahaja yang lulus daripada beberapa permohonan lain. Syukur sangat.

Tanggal 1 November 2011, aku mulakan pengajian PHD aku dengan senyuman yang mekar. Hehe.. Namun, aku bermula agak perlahan kerana bidang ini masih baru dan tidak ada seorang pun penyelidik daripada UTM pernah membuat bidang ini. Jadi, masalah bagiku untuk menentukan Methodologi yang terbaik. Selain itu, masalah aku ialah aku juga tidak pasti kaedah untuk menjalankan simulasi. Mujur aku dibantu oleh seorang staf yang terlibat dalam penjualan simulator tersebut untuk membantu aku mencari kaedah yang betul untuk menjalankan simulasi.

Kemudian, simulasi demi simulasi dijalankan namun aku masih gagal mendapatkan keputusan seperti yang aku harapkan. Pernah hampir berputus asa namun aku terus mencuba sehingga akhirnya aku berjaya. Percaya tak bahawa aku hanya berjaya mendapat hasil simulasi pertama pada SEMESTER 4! Itupun masa aku membuat kursus pendek di luar negara bertempat di Uppsala Universitet -Sweden. Disana, aku dibantu oleh seorang rakan dari Malaysia yang banyak membantu aku dalam mendapatkan idea-idea penyelidikan. Aku juga ada mengambil beberapa kelas pada aras ijazah pertama dan juga master untuk merasai pengalaman belajar di luar negara. Alhamdulillah, walaupun tidak lama tetapi pengalaman tersebut sangat bernilai.

Pulang ke Malaysia pada April 2013 memberikan aku momentum yang baik dalam penyelidikan dan juga aktiviti sampingan kegemaran aku (Menyanyi). Tahun 2013 merupakan tahun "Glory" dimana aku dapat menghasilkan banyak output penyelidikan (Pengajian) dan juga memenangi beberapa pertandingan Nyanyian di sekitar Johor Bahru (Hobi).

Tahun 2014 dan 2015, aku fokus menjalankan penyelidikan dan juga menyiapkan thesis PHD. Percaya tak yang aku mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan penulisan Thesis PHD aku. Amat lama. Disini aku nak nasihatkan kepada mereka yang nak menulis thesis agar membataskan kajian anda sekadar mencukupi dan jangan berlebihan sangat kerana ia akan memakan masa anda. Selain itu, ia juga akan menjadi masalah semasa VIVA kerana semakin banyak anda tulis maka semakin banyaklah kesalahan yang mungkin anda lakukan.

Tarikh 22 Disember 2015 merupakan tarikh keramat kerana tarikh ini yang menentukan bahawa aku layak mendapat PHD atau tidak. Aku telah melalui sesi VIVA voce lebih kurang 2 jam setengah dan akhirnya aku lulus PHD dengan pembetulan selama 6 bulan. Mulanya aku kecewa kerana agak lama masa diberikan sedangkan aku menyangka aku boleh dapat pembetulan untuk sebulan. Namun, kemudian aku bersyukur dengan keputusan diberikan kerana akhirnya aku menyedari aku tidak mampu menyiapkan pembetulan thesisku selama sebulan atas pelbagai komitment. Maka, tarikh 13 April 2016, aku selamat menghantar Thesis jilid selepas mendapat kebenaran daripada fakulti setelah semua panel berpuashati dan juga siap pembetulan abstrak.

Kepada rakan-rakan yang baru nak sambung MASTER atau PHD atau dah sambung, buatlah yang terbaik. Jangan sesekali berputus asa. Sekian.

Wednesday, April 13, 2016

Tudung eksklusif Yang Menawan - Mesti Pilih (RDija Signature)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekarang ini, trend memiliki tudung eksklusif  telah menjadi satu fenomena. Saya sendiri pernah melaluinya apabila diupah menjadi "pembeli" untuk tudung keluaran Aidijuma oleh seorang kakak yang merupakan kawan baik. Terus terang, saya tak faham mengapa begitu ramai serbu gedung tudung Aidijuma dan berpusu-pusu orang membeli tudung tersebut. Yang menarik, setiap orang tidak boleh memilih lebih daripada satu tudung untuk design yang sama. Jadinya, memilikinya adalah sangat sukar. Sapa cepat dia dapat! Inilah penangan tudung eksklusif. Bagusnya, tudung ni murah! Ya murah! semasa saya membeli. Hehe..


TUDUNG AIDIJUMA


Beberapa minggu lepas, kita dikejutkan dengan fenomena orang berebut-rebut nak dapatkan tudung eksklusif Fareeda. Ada ramai siap berkampung depan kedai semata-mata nak jadi yang terawal dapat nombor giliran katanya. maksudnya tudung tersebut memang cantik dan terlalu sedikit dikeluarkan. Peminat tudung eksklusif memang sanggup buat apa sahaja untuk itu. Lebih-lebih lagi model tudung tu, Mawar isteri kepada pelakon terkenal Fizo Omar memang cun meletop dan merupakan anak tokey sendiri.. hehe..


TUDUNG FAREEDA


Selain Fareeda, tudung Ariani juga cukup terkenal sebagai tudung eksklusif. Saya tidak pernah ambil peduli tentang tudung ekslusif tetapi saya sangat bertuah kerana pernah mendapat cabutan bertuah tudung ini dalam satu majlis di Shah Alam. Diorang bagitau harga tudung ni cukup mahal. Tapi saya lihat biasa je. Kemudian saya hadiahkan kepada ibu saya. Kemudian, apabila saya cari info, rupanya tudung ini direka dengan konsep yang ringkas tetapi mementingkan kualiti kain. Ia yang tidak mudah rosak dan sangat selesa dipakai. Itu sebabnya tudung ini menjadi pilihan ramai termasuk para artis popular antaranya Dato Siti Nurhaliza dan Wardina Safiyyah.


TUDUNG ARIANI



Tudung-tudung eksklusif yang saya ceritakan diatas ada keistimewaannya tersendiri dan telah dikenali di serata negara. Sekarang, saya nak memperkenalkan pula dengan tudung eksklusif yang betul-betul baru dan mempunyai nilai kualiti cukup tinggi setanding tudung-tudung eksklusif yang popular tersebut. Atau lebih tepat lagi, tudung ekslusif keluaran Rdija Signature menggunakan kain jenis Italian Chiffon Silk! Jenis sama yang digunakan oleh Fareeda dan juga Chenta Watie (Maaf kalau maklumat saya kurang tepat). Malahan, dari segi harga jauh lebih murah dan mampu dimiliki. Design tudung sangat cantik. Yang paling saya banggakan ialah ia merupakan sentuhan adik kandung saya sendiri. Pengalaman dalam menjahit bertahun-tahun membawa beliau ke satu tahap yang lain. Mewarisi kebolehan jahitan daripada ibu, adik saya, Rdija Ayop telah memperkenalkan "Instant Shawl" yang diberi nama "Rdija Signature" dengan motto "Wear with Pride".

Pertamanya, saya nak memperkenalkan pencetus Rdija Signature, Rdija Ayop yang memakai Instant Shawl berwarna Merah Jambu. Disebelah beliau merupakan model pertama Instant Shawl keluaran Rdija Signature yang merupakan adik ipar kami sendiri, Liz Emilly, yang merupakan pakar solekan yang bergerak dibawah Emilly de Paris:

INSTANT SHAWL: RDIJA SIGNATURE

Disebabkan Instant Shawl yang cantik ini yang ingin diketengahkan, saya akan memberikan beberapa sampel tudung keluaran Rdija Signature untuk tatapan anda semua. Menariknya tudung ini ialah ia dihasilkan dengan pelbagai warna dengan corak berbeza menggunakan "Metallic Vinyl" dan juga dihiasi oleh batu indah yang dikenali sebagai "Rhinestone".

Metallic Vinyl + Rhinestone

Kelabuhan tudung ini boleh dilaraskan dan juga ia didatangkan dengan pelbagai saiz mengikut kesesuaian pemakai. (S ke XL). Berikut merupakan sampel tudung keluaran Rdija Signature yang digayakan oleh Liz Emilly pemilik "Emilly the Paris".













Amacam? Cantik tak? Saya yakin tudung ini mampu memenuhi selera anda sebagai peminat tudung eksklusif. Selain cantik ia juga lebih murah dan mampu dimiliki. Sebab sekarang masih dalam harga promosi. Kalau lambat order, nanti akan kembali ke harga sebenar. Namun, harga sebenar masih lagi rendah dibandingkan tudung-tudung eksklusif yang lain. Ok sekarang, bagaimana anda nak order Tudung Eksklusif berbentuk Instant Shawl keluaran Rdija Signature ni? Mudah sahaja. Masuk ke laman Web >> RDija Signature << dan start online shopping! Lepas dah siap order, tunggu sahaja tudung ini dipos ke tempat anda dengan bungkusan yang berkualiti seperti gambar dibawah:


Jangan tak cuba! Rugi tak beli sebab stok sangat-sangat limited. Diperkenalkan dengan 30 jenis warna berbeza dan setiap warna adalah limited dan corak vinyl juga berbeza. Sapa cepat dia dapat! Dapatkan segera ye sebelum stok kehabisan. Bersedia untuk bergaya dengan tudung ekslusif keluaran Rdija Signature untuk hari Raya, majlis-majlis rasmi dan juga untuk kegunaan harian agar anda tampak lebih menawan!

Jangan lupa, like juga facebook >> Rdija Signature << untuk update terkini.