++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Saturday, January 16, 2016

Gaya Hidup Orang Yang Berjaya


Aku terbaca gambar yang dikongsi oleh seorang rakan. Gaya hidup orang yang ingin berjaya. Key-point paling penting ialah.. Bangun awal! Sebenarnya, inilah perkara paling sukar aku lakukan dewasa ini.

Aku punya masalah tidur yang tidak sihat. Aku sukar tidur malam. Oleh sebab itu, aku sukar untuk bangun awal. Keinginan untuk tidur semula selepas solat subuh juga cukup kuat dan sukar untuk aku menolak keinginan tersebut, melainkan pagi tersebut aku ada perkara penting untuk dilakukan.

Tabiat bangun lambat ini memang perlu aku atasi secepat mungkin kerana aku ingin menjadi seorang yang lebih berjaya dalam hidup. Waktu pagi adalah waktu paling baik untuk memulakan sesuatu yang besar. Ambil sarapan dan terus bekerja. Aku akan jadikan tahun 2016 sebagai wadah untuk aku membetulkan semula apa yang silap. Aku nak jadi orang yang berjaya! Insya-Allah.

Hidup ini tidak lama dan bila-bila sahaja ia akan berakhir. Maka, kita perlu berusaha dari sekarang untuk mencapai segala yang terbaik dalam hidup. Jika bukan sekarang, bila lagi? Jum kita sama-sama berubah menjadi insan lebih baik dan berjaya! We can do it.

BANGUN AWAL!