Rakyat bukannya tidak faham situasi genting yang di hadapi negara sekarang. Masalahnya, adalah kerajaan tidak jujur dengan rakyat. Itu sahaja.
Announcement semalam membuktikan negara sebenarnya berada di dalam keadaan yang buntu, tidak mampu berbuat apa-apa. Peringatan berkali-kali daripada DG adalah “kuarantin kendiri, jaga diri masing-masing, tiada apa-apa sila duduk di rumah”. Statement ini sudah cukup untuk membuktikan sebenarnya perkhidmatan kesihatan sudah penat dan sangat tenat. ICU yang hampir penuh di semua hospital kerajaan, sehinggakan hospital swasta di minta untuk bersedia membantu. Tidak cukup dengan ini, hospital-hospital baru, di wajibkan penggunaannya khusus untuk pesakit Covid, dengan menggunakan sepenuhnya kuasa dan arahan di bawah Ordinan Darurat.
Kita sebagai rakyat, perlu bersetuju sektor ekonomi tidak boleh ditutup. Saya yakin, negara sudah tidak ada dana yang mencukupi untuk menampung kelompongan ekonomi rakyat mahupun negara. Sebab itu, sektor ekonomi tidak boleh ditutup terus kerana ianya akan memberi impak yang besar kepada perbelanjaan negara; moratorium, bantuan rakyat dan sebagainya. Mana nak cari duit lagi? Sedangkan kalau di fikir logik pun, program vaksinasi negara juga berlaku dengan kadar yang sangat perlahan. Kenapa boleh berlaku tidak seperti yang dirancang? Tidak lain bukan kerana kita tidak bersedia, tetapi kita sudah tidak mampu. Procurement process menjadi slow kerana dana yang tidak mencukupi. Ini telahan saya sahaja, yang lebih tahu adalah kerajaan.
Ketelusan dan keterbukaan kerajaan di perlukan dengan kadar segera untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Jangan sibuk dan yakin bodoh menjaja ekonomi negara masih stabil dan berkembang baik sedangkan semua fakta menunjukkan kerajaan sudah tidak ada sumber kewangan yang mencukupi.
Sebagai rakyat, kita boleh membantu dengan mengurangkan kadar kebolehjangkitan dengan kadar segera. Jangan jadi yakin bodoh macam kerajaan (ataupun Cik L*) hanya kerana anda tidak berpuas hati. Kerana yakin bodoh anda akan melibatkan kehilangan nyawa orang yang tersayang. Tidak ada apa-apa hal, duduk diam-diam di rumah. Jangan gatal nak keluar berkumpul ramai-ramai dan membuat sesuatu yang bertentangan dengan saranan KKM.
Lagi satu, untuk semua ahli politik yang gigih mempengaruhi rakyat untuk marah dengan kerajaan sekarang, lebih baik diam! Perkara ini tidak membantu pun. Awal perlaksanaan darurat politik, saya sangat bersetuju kerana itu adalah langkah terbaik kerana di saat itu semuanya ada agenda masing-masing untuk survival politik sendiri. Tetapi hari ini, saya merasakan Parlimen sudah perlu di buka semula untuk memecahkan kebuntuan kerajaan yang sepertinya sudah hilang arah. Titah yang di Pertuan Agong diperlukan, iaitu untuk memberi garis panduan jelas apa sahaja isu yang perlu dibahas dan dibincangkan.
Tak payah la nak cerita tentang PRU. Saya sendiri takut memikirkan siapa yang akan menerajui kepimpinan negara sekiranya PRU di laksanakan. Abah kau, bossku, bangnon, Atok Det semuanya boleh bersara dan bercucuk tanam layan pokok atau pelihara kucing setelah negara pulih daripada covid nanti. Sebab hanya tumbuhan dan binatang sahaja yang tinggal nanti untuk mendengar propaganda kalian.
Nurkilan: Mohd Amran (facebook)