Ni pokok Mulberi yang aku tanam. Korang nampak tak susuk makhluk gemok berekor pendek didalam gambar? Ia merupakan seekor burung yang kecil tapi comel. Berbadan gemok dan ekornya kecil. Aku perasan dia telah tidur di situ beberapa hari.
Walaupun kerap terkejut dan melarikan diri setelah disergah tengah-tengah malam oleh aku dan rakan yang pergi di kawasan berhampiran, ia tetap sahaja datang kembali ke tempat yang sama.
Namun, beberapa hari ini, kelibat burong gemok ini sudah tidak kelihatan. Kadang kala ia datang on dan off. Mungkin juga dia ada port tido yang lebih best di tempat lain.
Apa-apa pun aku suka jika ada burung yang tidur di pokok yang aku tanam. Tidurlah dan buatlah sarang aku tidak akan mengganggumu.
Semoga burong gemok datang kembali ditempat tidurnya di pokok Mulberi.