Kredit Gambar: Team Pencinta Allah
Melihat gambar diatas, sejuk hati apabila melihat ada wanita yang tampil membela nasib kaum lelaki dalam bab hantaran perkahwinan (wang hantaran / barang hantaran).
Perkahwinan asalnya adalah untuk menyelamatkan manusia daripada zina. Nafsu disalurkan ke jalan yang betul dan salasiah keturunan dapat dipelihara. Namun, zaman sekarang ini nampaknya ramai yang berlumba-lumba untuk mengenakan wang hantaran yang mahal keatas pihak pengantin lelaki. Mungkin dengan nilai hantaran yang tinggi itu akan memberi kebanggaan kepada pihak pengantin perempuan.
Walhal perkahwinan itu bukan sahaja untuk lelaki tetapi untuk kedua-dua pihak. Mengapa perlu membebankan pihak lelaki jika sebenarnya hidup berumahtangga itu adalah keperluan bersama? Sudahlah lelaki selepas berkahwin akan menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan wajib mencari nafkah untuk keluarga. Justeru, perkahwinan seboleh-bolehnya perlu dipermudahkan.
Ringkasnya, pihak keluarga perempuan perlu berfikir tentang perkara ini, usah dibebankan pihak lelaki dengan wang hantaran yang tinggi semata-mata ingin bersaing dengan orang lain dan kelihatan hebat. Perkahwinan yang pada awalnya sudah didasarkan kepada sesuatu yang meterialistik dan membebankan pasti akan membawa masalah dikemudian hari.
Sesungguhnya, sebaik-baik wanita adalah yang rendah Maharnya.
Sekian sahaja.