Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini saya ingin menulis pasal emas. Dah lama saya tidak menulis tentang emas. Sebagai mukhadimah, kita tahu sekarang ini ekonomi sangat menekan kita. Inflasi meningkat dan harga barang-barang keperluan harian melambung tinggi sedangkan gaji kita masih di tahap rendah. Justeru, bagaimana mungkin negara kita menjadi negara yang rakyatnya dikatakan berpendapatan tinggi??
Mahu tidak mahu, kita terpaksa berjimat-cermat untuk menghadapi situasi ekonomi yang agak parah ini. Kurangkan berbelanja benda yang tidak begitu penting dan belajar untuk menyimpan. Jika bercakap tentang simpanan, saya syorkan bahawa anda menyimpan emas bukan wang kertas!
Mengapa emas?
Emas ini satu mineral yang mempunyai banyak kegunaan dan sangat berharga. Bukan sahaja boleh dijadikan alat kemas mewah malahan ia sangat berguna dalam pelbagai aplikasi termasuk elektronik kerana emas merupakan logam pengalir yang sangat baik.
Emas amat sukar untuk jatuh nilai malahan jika jatuh pun, ia adalah bersifat sementara. Ia akan meningkat semula sejajar pengaliran masa. Wang kertas akan kurang bernilai pada masa akan datang kerana nilainya semakin kecil ditelan inflasi namun tidak bagi Emas! Emas sangat berguna melawan inflasi. Jika dahulu RM 100 sudah sangat mewah namun sekarang? RM100 mampu dihabiskan sehari sahaja! Emas pula dahulu hingga kini tidak ada susut nilai malahan nilainya meningkat seiring masa untuk melawan inflasi.
Persoalan kedua. Emas Bar atau barangan kemas?
Saya syorkan bahawa anda menyimpan barang kemas berbentuk emas tulen (916 / 999) yang tidak dicampur dengan bahan-bahan lain seperti batu permata. Kerana emas jenis ini lebih mudah dijual / digadai jika anda sangat memerlukan wang.
Saya difahamkan banyak sudah pajak gadai Ar-Rahnu tidak lagi menerima Gold Bar. Ini pernah saya baca dari pengalaman seorang remaja yang ingin menggadai Gold Bar beliau namun tidak ada bank yang mahu menerima.
Justeru, simpanlah emas sedikit demi sedikit untuk kegunaan pada masa akan datang. Sekian.
Gold Bar
Plain Gold (Rantai emas)