++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Monday, November 23, 2020

Aku Bidadari Syurgamu - Kenali Siapa Aishah dikaca mata AJL

Aku follow AJL start dari Tahun 1994. Masa tu M Nasir Menang menerusi tanya sama itu Hud Hud. Sejak tahun 1994 sekali pun aku xpernah miss tgok AJL.. aku even follow carta muzik muzik. Pernah vote vote dari borang di surat khabar. Dulu carta muzik muzik tiap minggu keluar di surat khabar uols. Budak BBNU ramai xtahu. Mgkin sebahagian mereka belum lahir lagi. Kemudian, baru beralih ke internet voting.

Ok ini merupakan AJL 95 yang mana Aishah tapau semua kategori yang boleh dia dpt. Juara lagu tahun 95, setahun sebelum Dato Seri Siti Nurhaliza menang (walaupun janji manismu lebih di highlight). 



Kepada BBNU, ini adalah standard Aishah. Nyanyian yang cukup sempurna. Banyak lagi lagu beliau sangat hebat terutamanya Selanjur Bercinta.

Tahun 96, Aishah ada masalah dengan recording company dia dihalang untuk menyanyikan lagu Merenung Bulan nyanyian yang layak ke semi final AJL. Lagu tersebut dinyanyikan semula oleh Kumpulan Kool dan gagal mara ke Final. Kalau tak zaman tu Tokti menerusi jerat percintaan pun mungkin menghadapi cabaran besar kalau Aishah sendiri yang menyanyikan merenung bulan. Lagu tu power giler Vokal Aishah.

Ini cerita 25 tahun lepas uols.  Kalau kita kira dari Janji Manismu 1990; Aishah dah 30 tahun memegang title juara lagu.

Tahun ni, Aishah diberi penghormatan nyanyi lagu Aku bidadari Syurgamu - Dato Seri Siti Nurhaliza atas permintaan penyanyi asal lagu itu sendiri. Memang dengan kekangan masa, latihan xmencukup dan usia menyebabkan persembahan kurang mencapai kehendak peminat. Tapi korang janganla kejam sangat cakap mcm mcm. Aishah pernah berada di kelas sangat tinggi dan beliau masih lagi mampu menyanyi dengan baik pada usia sekarang walaupun dengan sedikit perubahan atas faktor usia. Maafkan beliau. Overall masih ok lagi bila dengar semula.

Jika lagu tersebut layak ke AJL, semoga susunan muzik perlu diubah bersesuaian dengan ciri Vokal lantang Aishah.




No comments:

Post a Comment